in ,

Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2019 Minggu Ketiga

Para peserta program realiti Big Stage 2019 bakal dicabar dalam tema ‘Glocal Hits’ di minggu ketiga.

Pentas pertandingan terus dihangatkan dengan persaingan sengit 11 bintang yang masih kekal dalam mempertahankan kedudukan masing-masing. Mereka terdiri daripada enam peserta lelaki; Adzrin, Aziz Harun, Han-Byul, Irfan Haris, Kucaimars, Santesh dan lima bintang wanita; Chaleeda, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta dan Syada Amzah.

Masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan dan seorang lagi juri undangan mingguan yang akan diumumkan pada malam konsert.

CUBA DANCE PERSIS BRUNO MARS, IRFAN HARIS TAHAN SAKIT – UPTOWN FUNK

Episod konsert terbaharu ini juga barangkali bakal menyaksikan seorang lagi peserta meninggalkan pentas menerusi segmen penyingkiran.

Berikut senarai lagu tugasan konsert minggu ketiga yang bakal berlangsung Ahad ini.

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KETIGA BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Kucaimars – Kemarin (Seventeen)
  2. Neeta – Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  3. Santesh – Di Matamu (Sufian Suhaimi)
  4. Dinda Permata – Terlalu Memuja (Wany Hasrita)
  5. Irfan Haris – Dia (Anji)
  6. Syada Amzah – Pulang (Insomniacks)
  7. Han Byul – I’ll Never Love Again (Lady Gaga)
  8. Fieya Julia – Pudar (Indah Ruhaila)
  9. Adzrin – Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  10. Chaleeda – Buat Selamanya (Alif)
  11. Aziz Harun – Beautiful (Bazzi ft Camila Cabello)

Konsert Big Stage musim kedua dihoskan pasangan pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad, berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dibawakan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

STANDING OVATION! Han-Byul Nyanyi VROOM VROOM di Big Stage Minggu 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Asia & Viu Umum Endemol Shine Group’s THE BRIDGE Musim Ke-2

Fara Fauzana Kini Lengkapkan Trio Team Pagi Suria