in , ,

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 2019 Minggu 6

Lagu manakah yang bakal membawa peserta Gegar Vaganza ke peringkat semi final? Sama-sama nantikannya!

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal menyaksikan pertarungan antara peserta menerusi lagu-lagu yang pernah mengungguli carta hits dalam tema ‘Melets’ (Meletup). Pertembungan pada Ahad ini membabitkan 10 penyanyi yang masih bertahan iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees. 

Berikut dikongsikan senarai lagu tugasan minggu keenam GV6.

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 2019 Minggu 6

  1. Naqiu Boboy – Juwita (Saleem) 
  2. Wann – Pengemis Cinta (Ella) 
  3. Nurfatima – Enggan (Fauziah Latiff) 
  4. Sham Visa – Suratan Takdir (Gersang) 
  5. Jatt – Still Loving You (Scorpions) 
  6. Hady Mirza – Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  7. Feeza – Terus Mencintai (Siti Nordiana) 
  8. Roy – Sonata Musim Salju (Hazami) 
  9. One Nation Emcees – Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) 
  10. Noorshila Amin – Karena Pengalaman (Elvy Sukaesih)

Sementara itu, pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang kekal memegang mandat mengadili pertandingan di kerusi juri tetap.

GV6 diacarakan pasangan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam siaran yang ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga boleh distrim di Youtube Astro Gempak atau dengan mengunjungi laman sesawang rasmi Gegar Vaganza 2019.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Berat Dazrin Kamarudin Turun 19 Kilogram Bukan Sebab Barang Terlarang

Peraduan Menang Tiket Konsert Rock Tri-O di Dewan Filharmonik Petronas