in , , , ,

Peraduan Menang Tiket Konsert Rock Tri-O di Dewan Filharmonik Petronas

Mahu hadir menonton Konsert Tri-O yang dipersembahkan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia yang menampilkan Dato’ Hattan, Hazama dan Azlan Typewriter di Dewan Filharmonik Petronas? Nah! Budiey ada 10 tiket (5 pasang) untuk anda menangi! Sertai peraduan ini sekarang. Mana tahu anda terdiri dari pemenang bertuah?

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) akan mempersembahkan konsert berkonsepkan ‘rockestral’ pada Sabtu, 16 November 2019 dan Ahad, 17 November 2019 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre.

Bakal dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menyaksikan versatiliti MPO dalam persembahan muzik pelbagai genre, dari klasikal hingga ke pop, jazz dan rock.

Bertemakan Rock Tri-O, konsert ini akan menyaksikan MPO mempersembahkan lagu-lagu rock ikonik bersama tiga artis rock tanahair; Dato’ Hattan, Hazama dan Azlan Typewriter. Konsert ini dinamakan Rock Tri-O kerana ia dilatari dengan muzik orkestra bergabung dengan irama muzik rock oleh tiga orang penyanyi. Huruf O adalah mewakili ORKESTRA.

Konsert Rock Tri-O

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan ialah Fantasia Bulan Madu, Memburu Rindu, Biso Bonar, Lagu Untukmu, Gerhana, Relakan Jiwa, Tiada Lagi Kidungmu, Pawana, Bohemian Rhapsody, Back In Black dan Stairway To Heaven.

Dengan berkapasiti 900 tempat duduk, Dewan Filharmonik Petronas pastinya menanti kehadiran peminat muzik orkestra dan juga peminat dari tiga orang penyanyi ini. Jika anda merupakan peminat muzik orkestra dan muzik rock, konser ini adalah untuk anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari http://mpo.com.my/46-rock-tri-o/. Anda juga boleh menonton klip latihan konsert di laman facebook MPO beberapa hari sebelum konsert berlangsung.

Harga tiket berharga RM99, RM139, RM199 dan RM299 boleh dibeli di Box Office dan www.mpo.com.my.

Menangi 2 Keping Tiket untuk Ke Konsert Rock Tri-O

Sempena dengan konsert ini, Budiey dengan kerjasama Dewan Filharmonik Petronas ingin memberikan anda dua keping tiket untuk 5 orang pemenang bertuah. Apa yang anda perlu buat cukup mudah! Anda hanyalah perlu menjawab soalan ini:

  1. Berikan apa maksud ‘Tri-O’?
  2. Berapakah bilangan kapasiti tempat duduk dalam Dewan Filharmonik Petronas?

Tulis slogan ringkas: Saya mahu ke Konsert Rock Tri-O di Dewan Filharmonik Petronas kerana….

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan & slogan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Rock Tri-O di Dewan Filharmonik Petronas

Tarikh tutup peraduan:

15 November 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Good luck!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 2019 Minggu 6

Peraduan Menangi Tiket Anugerah Muzik Melon 2019