in ,

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 33

Tahniah buat Hael Husaini dan Ezra Kong di atas kejayaan mengulangi sekali lagi sejarah kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu HARAM.

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 telah pun berlangsung malam tadi yang disiarkan secara langsung oleh TV3 pada jam 9 malam dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Sebenarnya ramai yang tak menjangkakan lagu HARAM akan menang juara kerana Budiey lihat rata-ratanya memilih lagu SAMPAI BILA dendangan MISHA OMAR akan menjadi juara. Tapi bukan rezeki lagu SAMPAI BILA untuk jadi juara kerana takdir telah menentukan lagu ciptaan Fedtri Yahya, Sharon Paul dan Shah Shamshiri hanya berada di tempat ke-3.

Anugerah Juara Lagu 33

Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu yang dendangan Hael dan Dayang Nurfaizah itu melayakkan Haram membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi  lagu Bunga dendangan Ara Johari yang meriah hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000  dan trofi.

Anugerah Juara Lagu 33

Misha meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 33 adalah Semakin (Siti Sarah); Kau Pun Sama (Syamel) dan Luluh (Khai Bahar).

Anugerah Juara Lagu 33

Turut bersaing adalah Bunga (Altimet); Jatuh Bangun (Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra); Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer); Hajat (Hael) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor).

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang muzik. Mereka adalah adalah Datuk Mokhzani Ismail; Manan Ngah; Datuk Wah Idris; Ajai; LY; Faizal Uzir (Lok U); Helen Yap; AG Coco dan Adi Priyo.

ALIF SATAR & SHERRY UMUM SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33

Komposer dan penyanyi, Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

AJL 33 diserikan persembahan kumpulan Search; DJ Fuzz; Sarah Suhairi; Ismail Izzani dan Nabila Ali; Nico; Juzzthin; Balan; Lil’ J; Zizi Kirana; Aman Ra; Joe Flizzow; Sonaone dan Alif.

Acara anugerah berprestij itu mengekalkan hos yang sama iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Lebih tiga dekad penganjurannya, AJL bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik.

Video #AJL33 Trending di Sosial Media

Kurang 24 jam dimuat naik, video persembahan penyanyi Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu ke-33 semalam ‘trending’ nombor satu di laman YouTube TV3 Malaysia.

Kejayaan itu turut mengulangi sejarah persembahan lagu Aku Cinta nyanyian Ernie Zakri dan Syamel pada AJL 32 lalu.

Menariknya, video Sufian itu sudah melebihi 1.8 juta tontonan sekai gus menewaskan video persembahan finalis lain.

Sufian berkata, dia tidak menjangka persembahan itu mampu menarik perhatian peminat dan tular di semua platform media sosial.

“Alhamdulillah, saya nak berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan persembahan semalam. Ikut perancangan asal, saya berseorangan tanpa ada prop.

“Namun, Hatta Dolmat yang bertindak selaku pereka dan juru gaya saya sudi membantu mendapatkan khidmat perancang perkahwinan The Calla.

“Saya terharu melihat sokongan penonton apabila mereka menyalakan lampu telefon bimbit. Malah, ‘standing ovation’ yang diberikan usai persembahan juga sesuatu yang bermakna buat saya.

“Sebagai penyanyi, saya sudah menyampaikan lagu ini sebaik mungkin. Saya tidak fikir apa-apa melainkan ingin menghiburkan penonton. Malah, apabila ada rakan artis dan penonton menangis, saya anggap mereka merasai nyanyian saya.

“Apa pun persepsi diberikan orang ramai terhadap bentuk persembahan saya, ia pendapat masing-masing,”

– Sufian Suhaimi

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-33:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Hael Husaini & Ezra Kong) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Naib Juara: Bunga – Ara Johari

Naib Juara: Bunga – Ara Johari (Hang Nadim, Laq & Kadok / Hang Nadim) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.

Tempat ketiga: Sampai Bila – Misha Omar

Tempat Ketiga: Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi.

Vokal Terbaik: Misha Omar

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi – Di Matamu. Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9..


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perisik Berpaling Tadah Dalam Filem SALT Lakonan Angelina Jolie

“He Was Great But Still Using Her…” – Ezlisa Loy