in ,

Perisik Berpaling Tadah Dalam Filem SALT Lakonan Angelina Jolie

Kisah perisik yang berpaling tadah menyelamatkan dunia daripada konflik besar bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi filem Inggeris, “Salt” pada 11 September ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Blockbuster di TV2.

Menyaksikan lakonan mantap Angelina Jolie, Liev Schreiber, Chiwetel Ejiofor dan Daniel Olbrychski, filem arahan Phillip Noyce ini, penonton diajak menyaksikan aksi dan babak mendebarkan watak utama Evelyn Salt, seorang pengintip wanita dari Rusia yang telah berjaya menyusupi masuk ke dalam pasukan perisikan Amerika Syarikat. Merupakan seorang pegawai CIA, dia telah disahkan oleh seorang ketua perisik Rusia sebagai agen KGB dengan nama asal Chenkov.

poster filem Salt

Perisik Berpaling Tadah Dalam Filem SALT Lakonan Angelina Jolie Di TV2

Dengan kebocoran maklumat tersebut, pihak CIA mula meragui identiti Salt sementara KGB telah menjejaki suaminya. Salt kemudiannya melarikan diri bagi menyelamat nyawa suaminya. 

Mulai saat itu Evelyn dikejar dan cuba ditangkap oleh pihak CIA. KGB mahukan Evelyn melaksanakan tugas untuk membunuh presiden Rusia semasa lawatannya ke Amerika Syarikat dan juga mengarahkannya untuk membunuh presiden Amerika kerana mahu mewujudkan konflik dua kuasa besar tersebut. 

Pihak KGB yang tidak mahu dia berkahwin dengan warga asing telah membunuh suaminya di hadapan matanya. Sejak itu dia bertekad untuk membalas dendam. 

Angelina Jolie…watak utama

Dalam operasinya membunuh Presiden Amerika Syarikat, dia mendapati mentornya Winter juga agen KGB yang telah menyusup masuk menjadi pegawai tinggi CIA. Dia telah membunuh Winter yang terlebih dahulu cuba membunuh presiden dan menyelamatkan dunia daripada konflik peperangan nuklear. 

Penghujung cerita adakah Evelyn Salt berjaya ditangkap? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahun Baru Cina Penuh ONG-some Bersama 11street!

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 33