in

Senarai Keputusan Pemenang AIFFA 2013

Malaysia Rangkul Empat Anugerah Pada AIFFA 2013

Budiey telah dijemput untuk menghadiri  Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 28 hingga 30 Mac dan pada malam tadi, adalah malam kemuncak di mana Malam Gala AIFFA 2013 berlangsung dengan meriah dan gemilang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), Sarawak.

Kepada penganjur AIFFA2013, terima kasih atas jemputan.

AIFFA 2013

Budiey nak ucapkan kepada semua delegasi Malaysia yang telah menyertai AIFFA selama 3 hari ini kerana berjaya merangkul empat kemenangan. Walaupun tak menang besar, tapi ini dah membuktikan filem kita masih unggul di persada dunia Asean dan masih diterima oleh orang luar. Sekurang-kurangnya, dengan adanya anugerah AIFFA 2013 ini dapat memperkenalkan filem kita ke peringkat yang lebih luas lagi.

AIFFA 2013

Empat anugerah itu ialah Lakon Layar Terbaik (Bunohan), Filem Komedi Terbaik (Istanbul Aku Datang), Filem Aksi Terbaik (Songlap) dan Aktor Terbaik (Songlap-Shaheizy Sam).

AIFFA 2013 diiktiraf Kementerian Pelancongan Sarawak dan mendapat sokongan penuh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Sejurus selepas majlis Malam Gala berlangsung, semua media diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada semua pemenang di satu majlis sidang media yang berlangsung di bilik berasingan.

AIFFA 2013

Senarai Pemenang AIFFA 2013:

1.Lakon Layar Terbaik: Filem Bunohan, Dain Iskandar Said (Malaysia)

2.Suntingan Filem Terbaik: Filem Sang Martir, Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

3.Fotografi Filem Terbaik: Filem Rayya, Rahmatlpung Syaiful (Indonesia) 4.Aktor Pembantu Terbaik: Filem Alagwa, Bugoy Carino (Filipina)

5.Aktres Pembantu Terbaik: Filem Sta Nina, Anita Linda (Filipina)

6.Aktor Terbaik: Filem Songlap, Shaheizy Sam (Malaysia)

7.Aktres Terbaik: Filem Sta Nina, Alessandra De Rossi (Filipina)

8.Filem Terbaik – Komedi: Filem Istanbul Aku Datang, Produser Tengku Lesta Tengku Alaudin dan Lina Tan (Malaysia)

9.Filem Terbaik – Drama: Filem Sta Nina, Produser Rodel Naciancero (Filipina)

10.Filem Terbaik – Aksi: Filem Songlap, Produser Lina Tan (Malaysia)

11.Pengarah Terbaik: Filem Atambua 39 Degree Celcius, Riri Riza (Indonesia)

Anugerah Khas Juri:

1.Filem Kayan Beauties (Myanmar)

2.Filem Rectoverso (Indonesia)

3.Filem Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

4.Filem Taxi! Taxi! (Singapura)

Anugerah Khas Penghormatan:

1. U-wei Haji Saari (Malaysia)

AIFFA Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat:

1. Datuk Seri Michelle Yeoh

Anugerah Semangat Asean:

1.Cinta Tapi Beda (Indonesia)

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

AIFFA 2013

Bergambar bersama pelakon Jericho Rosales & kekasihnya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013

Gambar Selebriti di Karpet Merah AIFFA 2013