in ,

Senarai FIlem Menarik Sempena Deepavali di TV2

Raikan Deepavali Dengan Filem-Filem Hebat di TV2

Deepavali tiba lagi dan kali ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah semarak sambutan perayaan yang disambut pada 13 November depan dengan tayangan lima filem hebat meraikan perayaan kemenangan kaum Hindu ini.

Kemeriahan sambutan Deepavali di RTM dimulakan dengan tayangan filem Polladhavan (12 November 2012, jam 1.00 pagi), Thillalangaddi (13 November 2012, jam 3.00 petang), Silambattam (13 November 2012, jam 10.00 malam), Appalam (14 November 2012, jam 3.00 petang) dan kemuncaknya semarak Deepavali dengan filem popular Kuch Kuch Hota Hai (14 November 2012, jam 10.00 malam).

Polladhavan mengisahkan Prabu yang ingin mendapatkan kembali motorsikal yang dicuri oleh Ravi. Ravi salah seorang daripada kumpulan samseng yang terlibat dengan jenayah penyeludupan dadah yang sangat digeruni oleh masyarakat setempat. Selvam abang kepada Ravi menghalang pergaduhannya dengan Prabu kerana dia bukan musuh perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, dalam satu pergaduhan, Prabu secara tidak sengaja membunuh Ravi. Filem ini dilakonkan oleh Dhanush, Divya dan Banupriya.

Seterusnya Thillalangaddi pula berlatarkan plot watak Krishna seorang pemuda yang suka pada cabaran. Kekasihnya Nisha juga tidak tahan akan sikapnya yang sering hilang pekerjaan. Misi baru Krishna adalah bagi membantu pembedahan seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Dia datang ke Malaysia untuk mencuri wang haram ahli-ahli politik India. Krishna akhirnya menjadi seorang Polis bagi memenuhi hasrat kekasihnya Nisha yang mahukan dia bekerja tetap. Saksikan lakonan Jayam Ravi, Tammannah dan Prabhu Ganesan.

Filem Tamil bertajuk Silambattam pula mengisahkan Vichu, seorang sami di sebuah kuil. Dia menentang Doraisingam seorang penjahat dalam usaha membalas dendam atas pembunuhan bapa dan beberapa orang ahli keluarga pada suatu ketika dahulu. Filem ini menampilkan pelakon Silambarasan, Sneha, Prabhu dan Sana Khan.

Filem yang ditunggu-tunggu pastinya Appalam lakonan S.Gana, Jaclyn Victor, Shahshi Tharan dan Sharifah Amani yang berkongsi plot cerita kecekalan seorang bapa membesarkan anak perempuannya setelah kematian isteri tersayang. Timbul pelbagai konflik antara ayah dan anak lantaran sikap ayah yang terlalu mengongkong pergerakan anaknya.

Filem Hindi romantik komedi lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol, Kuch Kuch Hota Hai turut disiarkan menemui penonton dalam meraikan Deepavali. Berkisar sebuah persahabatan antara Anjali dan Rahul yang akhirnya membibitkan perasaan cinta Anjali pada Rahul. Muncul Tina yang mempersonakan dan memikat hati Rahul. Sembilan tahun berlalu, Rahul menjadi bapa tunggal kepada anak perempuannya bernama Anjali dengan kematian Tina. Kem musim panas menemukan semula sahabat baik Anjali dan Rahul. Ia turut dibintangi oleh Farida Jalal dan Rema.

Filem Appalam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Bakal Tayang Program Dalam Bentuk Definisi Tinggi

Drama TVB Terbaik Bakal Ditayangkan di ntv7 & 8TV 2013