in

Tonton Bakal Tayang Program Dalam Bentuk Definisi Tinggi

TONTON MEMBAWAKAN LEBIH TAWARAN HEBAT SEPANJANG 2013!

Portal video pintar nombor 1 di Malaysia, Tonton menawarkan penerokaan dunia teknologi penyiaran terkini melalui sumber di hujung jari. Dengan bilangan pelayar melebihi 2.5 juta orang kini, portal Tonton yang boleh dilayari menerusi www.tonton.com.my bakal menawarkan pelbagai pilihan hebat di sepanjang 2013 kelak.

Menerajui siaran online di Malaysia, Tonton bakal membawakan kandungan berdefinisi tinggi (HD) buat tontonan pelayar. Pelbagai rancangan baharu dan popular bakal menemui penonton sepanjang 2013 selain pilihan saluran sedia ada antaranya TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan banyak lagi.

Penonton berpeluang merasai pengalaman menonton dalam format definisi tinggi (HD) untuk Buletin Utama, rancangan sukan, drama bersiri terpilih TV3 termasuk program berbahasa Cina dan Korea.

Menerusi kerjasama kukuh bersama Rangkaian TV Media Prima Berhad, Tonton bakal menerajui siaran langsung saluran TV3, ntv7, 8TV dan TV9 serta ulung premier untuk beberapa program pilihan terbitan TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Tonton juga bakal menawarkan lebih banyak salurah baharu termasuk Tonton Chinese, Tonton Filipino dan Tonton Bollywood.

Turut ditawarkan untuk tahun 2013 adalah saluran Tonton Cinema dengan siaran eksklusif filem hits seperti Coal (Korea), Where Got Ghost (Singapura) dan Heaven’s Door (Jepun).

Sertai komuniti Tonton sekarang melalui pendaftaran di www.tonton.com.my dan terokai dunia teknologi penyiaran terkini menerusi komputer, tablet dan telefon pintar!

tonton-premium_C

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kat Hassan Gagal Kumpul RM25 Ribu

Senarai FIlem Menarik Sempena Deepavali di TV2