in , ,

Pengembaraan Gastronomik Menanti Anda di Karnival Cahaya Bintang

Pelbagai hidangan lazat disediakan khas untuk Karnival Cahaya Bintang.

Karnival Cahaya Bintang, Resorts World Genting yang diadakan buat kali pertama akan berlangsung selama tiga minggu dengan pelbagai tarikan menarik. Ia akan berlangsung pada setiap hari Khamis dan Jumaat bermula pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam dan 3.00 petang hingga 1.00 pagi untuk hari Sabtu. Antara acara yang menanti pengunjung termasuk tayangan filem blokbuster di Pawagam Karnival, persembahan muzik di Dewan Oktoberfest serta pelbagai pilihan makanan daripada trak makanan serta minuman untuk dipilih. 

Cosmic Café akan menyediakan pilihan makan di sepanjang acara berlangsung dengan menampilkan beberapa hidangan kegemaran tempatan termasuk Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Lemak, Nasi Ayam, Mi Bakso, Rojak Pasembor, Mi Sup Ayam, Shawarma Ayam, Ayam Popcorn dan Kebab Ayam.

Selain pilihan hidangan tempatan, penyedia masakan Itali, Il Lago turut akan menampilkan sajian kegemaran negara itu seperti pasta, piza, pencuci mulut dan minuman. Kaki pasta wajib mencuba hidangan pasta Pomodoro, pasta bebola daging dan aglio olio. Buat mereka yang inginkan sesuatu yang lain tetapi masih mahukan citarasa Itali boleh mencuba piza. Pilih sama ada margherita, Americana ataupun Peperoni. Beralih ke pencuci mulut pula, nikmati keenakan Tiramitsu, hidangan klasik yang amat lazat. 

Pengunjung turut boleh menjamah selera di Dewan Oktoberfest sama ada ke bar makan dan menikmati makanan cekut. Buka selera dengan hidangan Mexico di kios Nachos yang menyediakan hidangan klasik seperti kentang tortilla, sos keju nacho, jalapeno, tomato dipotong dadu dan daun bawang.

Jika mahu sedikit ekstra boleh cuba chili con carne atau salai dan sos hoisin. Dari situ, jika anda inginkan sesuatu lebih berat bolehlah menuju ke kios burger dan sosej.

Terdapat pilihan hidangan seperti burger lembu berkeju dan burger ayam BBQ. Tidak cukup dengan itu, hanya tambah RM5, burger daging kambing pedas dengan keju, daun salad, hirisan tomato, bawang dan timun gerkin serta sos cili pudina dan sos istimewa akan menjadi milik anda.

Sosej pula dihidangkan dengan empat gaya berbeza termasuk pilihan Sosej Pedas Tijuana, Sosej Coney Island, Sosej Trufle dan Sosej Kimchi.

Tidak lengkap jika pergi ke karnival tanpa kepak ayam dan skewer? Paling syok, ia didatangkan dengan pelbagai pilihan sos seperti Hoisin BBQ, Paprika Oren, dan Kari Kelapa. Anda turut boleh mencuba Peri Peri atau Keju Parmesan Mentega Bawang Putih dan Skewer Kari Ayam Madras.

Nikmati seteguk dua minuman dengan lebih 19 jenis bir premium Carlsberg Special Brew ke Brooklyn OPA, atau Franzikaner Hefe ke Connor’s Stout Porter.

Dengan harga yang disediakan berpatutan, pasti sukar untuk memillih.

Butiran Karnival Cahaya Bintang

Karnival Cahaya Bintang akan berlangsung setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula 10 Oktober hingga 2 November 2019. Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019.

Karnival Cahaya Bintang turut akan menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket sudah boleh dibeli pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma.

Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 bersih ataupun penginapan di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai 10 Peserta Mentor Milenia 2019

Peraduan Premiere With Budiey ZOMBIELAND: DOUBLE TAP