in , ,

Semua Orang Yang Bercerai Pasti Akan Melalui Fasa Trauma – Haniff Hamzah

Baru-baru ini, Haniff Hamzah menceritakan tentang trauma yang dialaminya semasa melalui fasa perceraian dengan bekas isterinya.

“Semua orang yang melalui episod perceraian tidak terlepas melalui fasa trauma. Namun, bagaimana dia ‘layan’ trauma itu adalah hak dia. Sejujurnya saya dah habis layan trauma yang saya lalui. 

“Saya ada berjumpa dengan doktor pakar dan mendapatkan rawatan sebanyak dua sesi di klinik berbeza. Saya sering memendam rasa, jadi atas nasihat rakan terdekat meminta saya meluahkan kepada individu yang tidak dikenali”.

– Haniff Hamzah

Haniff Hamzah yang juga merupakan seorang penyampai radio Era FM mengakui episod trauma dengan kegagalan rumah tangga tiga tahun lalu sudah menemui titik noktah. 

Haniff berkata, selepas menjalani dua kali sesi kaunseling bersama doktor pakar dia bersyukur segala beban yang terbuku di hati akhirnya pulih. 

“Saya tak sangka selepas menceritakan segala yang terbuku di hati akhirnya saya berasa lega dan boleh ‘move on’. Saya juga nak cadangkan kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ia sangat membantu,”

– Haniff Hamzah

Haniff yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu mengulas mengenai isu tersebut ketika ditemui pada majlis pengumuman pelakon Dynas Mokhtar sebagai rakan kerjasama Black G Nutrima dan Shopee di Petaling Jaya, Selangor. 

Menurut Haniff, tiga tahun bergelar duda dia masih belum terfikir untuk mencari peneman hidup sebaliknya dia ingin mengukuhkan kewangan dirinya terlebih dahulu. 

Terdahulu Hanif berkahwin dengan Wan Katherina pada 12 Jun 2010 dan bercerai tiga tahun lalu. 

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff, 8, dan Jebat Kaliff, 7.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Putus

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini, Sebuah Lagi Lagu Break Up

Noh Salleh | 14

Kumpulan Taici Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-5