in , ,

Kumpulan Taici Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-5

Maharaja Lawak Mega minggu ini merekodkan kejutan apabila Kumpulan Taici diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu kelima.

Ini merupakan kali pertama peserta dalam pertandingan komedi di skala mega ini tidak menerima sebarang ‘HA’ dari barisan Juri Tetap yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Uqasha Senrose, Diana Danielle, Noh Salleh dan juga Juri Misteri, Sang Bara. Barisan juri dilihat agak tegas dengan pembahagian markah dan mengharapkan setiap peserta untuk tampil dengan persembahan yang lebih mantap dari minggu ke minggu demi melayakkan mereka berada di pusingan akhir dan membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM500,000!

Kumpulan Taici Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-5

Kumpulan Taici yang dianggotai oleh gandingan tiga pemain komedi, Chiwan, Ilham dan Tapai terpaksa akur dengan keputusan keseluruhan sebanyak 38.41%seterusnya terpaksa menghentikan perjalanan mereka di minggu yang bertemakan Muzikal itu.

Dalam pada itu, kumpulan Bahye menjuari minggu kelima dengan persembahan menghiburkan dan melayakkan mereka merekodkan 5 HA dari pihak juri.

Maharajalawak Mega 2021 (Week 5)

Dianggotai oleh Zahid Baharudin, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic, persembahan minggu ini menyaksikan aksi dua orang pemain sahaja, Nizam dan Shashic oleh kerana Zahid perlu direhatkan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bahye mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 69.41% dan mereka juga diumumkan sebagai pemenang anugerah mingguan anjuran Adabi, Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat.

Maharajalawak Mega 2021 (Week 5)

Manakal kedudukan kedua jatuh kepada kumpulan Puteh dengan 60.81%, diikuti pula oleh kumpulan TIRO di tangga ketiga dengan 57.21%. Minggu hadapan, hanya tinggal 7 lagi kumpulan bakal beraksi di pentas minggu ke-enam. Mereka adalah Puteh, TIRO, BORO, Bahye, Tobat, OTAI dan Cawan.

Maharajalawak Mega 2021 (Week 5)

 Ketujuh-tujuh kumpulan ini akan berentap dan beraksi sehabis baik dalam tema minggu hadapan, ‘Sukan Bersama Artis Jemputan’. Saksikan, siapakah di antara selebriti yang bakal menghiasi setiap kumpulan peserta MLM pada minggu hadapan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haniff Hamzah | 19

Semua Orang Yang Bercerai Pasti Akan Melalui Fasa Trauma – Haniff Hamzah

Mat Dan | 20

Lakonan Mat Dan Dalam Telemovie BUSKER BERCINTA di TV2