in , ,

Kempen Together for Tomorrow Sempena Ulang Tahun Kao Ke-50

Kempen Together for Tomorrow anjuran Kao Malaysia menitik tanda permulaan pelbagai inisiatif bertujuan mendekatkan Kao Kirei Lifestyle kepada pelanggannya

Keselesaan. Keprihatinan. Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan. 

Dan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao hari ini telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia – termasuk di Malaysia – telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan. Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami,” kata Encik Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation. 

“Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”

IMG_0517

Keindahan Kehidupan Menyeluruh

Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya—The Kao Way—yang merangkumi prinsip seperti ‘Kami bertindak dengan berani.’ Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. 

Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air. 

IMG_0483

Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai.

Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bioré Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’. 

Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

IMG_1085

Memperkasa Wanita Muda Malaysia

Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman – terutamanya peranan wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja.

“Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia, Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah,” tambah Encik Nishiguchi. 

“Khususnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan. Berdasarkan idea ini, kami komited menerajui bidang ini dengan inisiatif yang termasuk pembangunan pemimpin masa depan dan menyediakan sokongan untuk mengimbangi tanggungjawab pekerjaan dengan keperluan menjaga rumahtangga.”

Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.

Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai faktor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

IMG_1138

Menyambut 50 Tahun Menjaga Rakyat Malaysia

Di ketika Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’nya kepada pengguna.

“Kami teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-50 kami dengan kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai. Kempen ini bukan sahaja menampakkan segala-galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan dan juga suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai kami dalam perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh,” kata Encik Nishimaki Akira, Presiden of Kao Malaysia.

Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. 

Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.

Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa.

“Kao Malaysia juga melanjutkan usaha kami dalam menerap strategi ESG Kirei Lifestyle dalam operasi kami secara menyeluruh. Sasaran utama antaranya termasuk mencapai Sisa Sifar dan memperjuangkan pemerkasaan wanita dan wanita khususnya menerusi siri KAO School of Confidence yang diperkasakan oleh jenama BIORE, LIESE & LAURIER,” tambah Encik Nishimaki. “

Dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei kami, kami bercita-cita memperkembangkan lagi perniagaan kami, menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat supaya kami boleh bersama-sama mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya.”

Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/

IMG_0401

Mengenai Pelan Kirei Lifetyle

Sepanjang 130 tahun yang lalu, Kao telah berusaha memperbaiki kehidupan orang ramai dan membantu mereka merealisasikan gaya hidup yang lebih mampan — merangkumi Kirei Lifestyle. Perkataan Jepun ‘kirei’ menggambarkan sesuatu yang bersih, teratur dan cantik dengan serentak. Kumpulan Kao menubuhkan strategi ESGnya, Pelan Kirei Lifestyle pada April 2019, yang direka untuk menyampaikan visi gaya hidup yang lestari lagi mampan. Menjelang 2030, Kao menyasar untuk memperkasakan sekurang-kurangnya 1 bilion orang, untuk menikmati kehidupan yang lebih indah dan 100% daripada produknya meninggalkan impak alam sekitar yang menurut sains dapat ditampung oleh dunia kita dengan selamat. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Mengenai KAO Malaysia

Kao (Malaysia) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1973 sebagai anak syarikat luar negara Kao Corporation, pengeluar produk kebersihan rumahtangga No. 1 di Jepun. Di Malaysia, jenama Kao telah berkembang dalam industri penjagaan kecantikan, penjagaan rumah dan kebersihan Malaysia dan memasarkan pelbagai produk dan jenama seperti Bioré, Liese, Curel, MegRhythm, Attack, Magiclean, Laurier dan Merries.

Kao Malaysia menerapkan misi Kao di seluruh dunia, iaitu untuk mencapai kepuasan menyeluruh dan memperkaya kehidupan rakyat Malaysia melalui bidang teras Syarikat iaitu kebersihan, kecantikan dan kesihatan. Kao berpegang teguh pada visinya menjiwai suatu syarikat yang jalin berhubung dengan pelanggannya, meraih penghormatan dan kepercayaan daripada semua pihak berkepentingan dan menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat. Kao juga komited meningkatkan sumbangan syarikat kepada masyarakat melalui tumpuan ESG yang diperbaharui. 

Strategi ESGnya diperlihatkan menerusi perkhidmatannya kepada keperluan dan keinginan pengguna untuk menikmati gaya hidup mampan. Kao memanggil ini Kirei Lifestyle. Kao turut giat meningkatkan inovasi di setiap peringkat perniagaan syarikat untuk menyokong pengguna dalam membina kehidupan yang indah secara menyeluruh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Negara Terlibat di AIFFA 2023, Sarawak Sedia Tubuh Akademi Perfileman

AIFFA 2023 Bakal Umum Nama Selebriti Jemputan Pada 20 Julai Ini