in ,

Fieya Julia Kini Tampil Berhijab, Mohon Padam Foto Tak Berhijab

Tampil berhijab, penyanyi Fieya Julia memohon doa peminat agar dirinya istiqamah.

Fieya atau nama sebenar, Nur Syafiyah Sejali, berkata hajat untuk berhijab sudah lama tersimpan dalam hati.

“Sebelum ini, Fieya simpan hasrat bertudung. Malah, sesekali Fieya cuba berhijab. Cuma Fieya tidak kongsi dalam media sosial.

“Ketika itu, Feiya ragu-ragu. Lagipun, sebelum ini, Feiya terikat dengan komitmen tajaan pakaian yang digunakan ketika membuat persembahan dan penggambaran video muzik.

“Mengikut perjanjian, Fieya mesti muat naik semua foto itu di media sosial. Jadi, Fieya tidak mahu apabila berhijab dan semua foto itu dipadamkan, ia menimbulkan rasa kurang senang penaja,” 

– Fieya Julia

Namun, selepas nekad berhijrah, Fieya bukan sahaja berkongsi imej baharunya dalam media sosial, malah, memadam semua foto dirinya tidak bertudung.

“Fieya mula berhijab Jumaat lalu. Fieya memutuskan memadam semua foto Fieya yang tidak bertudung dalam semua media sosial. Gambar tidak bertudung dalam telefon bimbit pun Fieya padam.

“Fieya memohon kepada mana-mana pihak yang masih menyimpan foto Fieya yag tidak berhijab agar memadamkannya,”

– Fieya Julia

Fieya turut memohon maaf kepada penaja kerana terpaksa memadam gambar penampilan lamanya.

“Namun, Fieya masih mahu bekerjasama dengan mereka dengan penampilan baharu,” katanya yang mula dikenali melalui lagu Perasaanku ini.

– Fieya Julia

Berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya itu, penyanyi berusia 21 tahun ini mengaku bertemu ketenangan.

“Sebelum ini, Fieya selalu tertekan terutama hal yang membabitkan kerja. Tiada semangat dan mudah rasa kecewa tanpa sebab.

“Biarpun solat, Fieya masih rasa kekurangan dalam diri. Bagaimanapun, selepas berhijab, banyak benda negatif Fieya boleh kawal dengan tenang.

“Fieya juga semakin bersemangat dan rasa lebih selamat. Sebelum ini, sering rasa terganggu. Keadaan yang berlaku sekeliling ketika ini juga membuka hati untuk Fieya bertudung,”

– Fieya Julia

Fieya berharap perubahan itu kekal dan memohon doa semua pihak agar dia tabah berdepan dengan cabaran mendatang.

“Cabaran berhijab bagi artis sangat besar. Malah, sampai sekarang rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat itu timbul terutama apabila melihat foto lama.

“Disebabkan itu, saya padam foto tidak bertudung. Saya tidak mahu simpan. Saya juga mengelak kerap bermain dengan media sosial supaya tidak tergoda dengan foto lama.

“Fieya harap semua orang dapat doakan. Bukan sahaja kekal berhijab, malah menjaga penampilan mengikut syariat wanita bertudung,”

– Fieya Julia

Terkini, Fieya Julia bakal muncul dengan single baharu berjudul Halusinasi, akhir bulan ini.

*Sumber: Berita Harian & IG Fieya Julia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kongsi Dekat Mana Saya Boleh Beli Tudung Labuh,” – Izara Aishah Hargai Doa Peminat

Selepas Sebulan Meninggalkan Suria FM, Issey Fazlisham Kini Deejay Gegar FM