in , ,

Selepas Dedah Wajah Bilal, Neelofa & Haris Dilihat Bercuti Di Langkawi 

Pasti ramai tahu sebelum ini selebriti popular, Neelofa memaklumkan akan membawa anak lelakinya, Muhammad Bilal pertama kali pergi bercuti.

Beberapa jam lepas, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail dan anak mereka Muhammad Bilal berada di Langkawi untuk bercuti.

Menerusi video itu, dapat dilihat Neelofa yang sedang mendukung Bilal ditegur oleh peminat yang berada di lapangan terbang.

Pengguna video itu turut menulis kapsyen meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat Bilal secara dekat serta memuji anak selebriti itu sememangnya comel dan gebu.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Neelofa dan keluarga kecilnya pergi bercuti selepas mendedahkan wajah anaknya kepada umum malam tadi.

Tidak kurang juga, ramai memuji penampilan pasangan itu yang tampil simple dan bersederhana. Malah, ramai yang mendoakan semoga keluarga itu sentiasa bahagia. 

Semalam, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan anak selebriti popular itu serta mendoakan agar Bilal menjadi anak yang soleh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jamal Abdillah | 17

Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah di UTMKL Pada 9 Disember Ini

Razmansyah

Razmansyah Hadir Dengan Single PERGI Ciptaan Dato’ A. Aida & Sharon Paul