in , ,

Razmansyah Hadir Dengan Single PERGI Ciptaan Dato’ A. Aida & Sharon Paul

Pendatang Baharu Yang Dahulunya Trio Viral Kini Bergerak Solo Dengan Single Pertama Dalam Genre Balada Pop

Kalau dahulu, Razmansyah selesa bergerak secara bertiga, kini kemunculan terbaharunya secara solo menerusi single pertamanya berjudul ‘PERGI’ hasil ciptaan komposer terkemuka negara, Sharon Paul dan nukilan liriknya oleh produser popular, Dato’ A. Aida yang diterbitkan oleh oleh syarikat rakaman bebas yang kian disebut ramai iaitu Werkit Records hasil kerjasama kreatif dengan jenama hiburan hebat, Rocketfuel Entertainment bakal menjadi bualan.

“Syukur kehadrat Ilahi akhirnya impian saya untuk memiliki lagu sendiri akhirnya tercapai jua. Ibarat mimpi menjadi kenyataan, segala-galanya berlaku hasil idea ‘genius’ Sharon Paul dan juga Dato’ A. Aida yang percaya dengan bakat yang saya ada,” kongsi jejaka kacak berusia 22 tahun ini.

Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini mengulas setelah mempertaruhkan nasib secara trio melalui single ‘OY’ dan juga ‘Bayangan’ yang baharu sahaja dilancarkan pada bulan lepas, dia kini bersedia untuk fasa yang seterusnya.

“Saya ingin keluar dari zon selesa dan mencuba untuk bergerak solo kerana sering ditemani oleh Afiq Adnan dan Nidza Afham, bukan bermakna kami berpecah kerana sebelum ini lagu-lagu yang kami nyanyikan adalah kolaborasi secara bertiga, jadi tiada istilah kami sebenarnya berkumpulan.

“Sebagai permulaan kepada perjalanan solo saya, Sharon Paul yang mencadangkan lagu ini dengan tajuknya yang mudah hasil idea Dato’ A. Aida yang mahukan perkataan yang senang dan berulang, maka tercetuslah PERGI.

PERGI mengisahkan tentang seseorang yang mengatakan dirinya rela dengan pemergian orang yang dicintainya namun hakikatnya masih menyayangi dan sukar untuk menerima kenyataan,” jelas mahasiswa Ijazah Sarjana Muda jurusan TESL dari Universiti Malaya ini.

Razman 4

Proses rakaman single telah berlangsung di Werkit Records di bawah penyeliaan Sharon Paul, kongsi Razman, “Menariknya, sebelum memasuki studio saya diberikan tempoh sebulan untuk berlatih vokal dengan Nadeera Zaini yang merupakan pemenang ‘Lagu Cinta Kita’ musim ke-2. Banyak yang saya pelajari serta dapat menyelami emosi dalam lagu ini.

“Saya sedar kekuatan nyanyian saya terletak pada lagu-lagu berunsur balada yang perlahan dan lagu ini dapat memaparkan kebolehan vokal saya yang sebenar. Akan tetapi, saya tidak menolak jika diberikan peluang untuk lagu menyanyikan lagu pop rancak seperti single ‘OY’ lagi.

Razman 5

Razman yang mula dikenali melalui program ‘Suara Viral’ merupakan bintang TikTok dengan hampir 4.4 juta tanda suka dan mempunyai sekitar 173 ribu pengikut di aplikasi tersebut, menurutnya, “Sejujurnya, saya sudah jarang mengikuti ‘trend’ di TikTok kerana terlalu sibuk dengan kuliah dan juga aktiviti nyanyian. 

“Bidang nyanyian memberikan kepuasan kepada saya kerana dapat mengekspresikan emosi yang sebenar selain berpeluang bekerjasama dengan ramai artis dan tenaga profesional berbakat di dalam industri muzik kita.

Selain single, video muzik (MV) PERGI turut dilancarkan serentak dengan penceritaan yang ‘conceptual’ memaparkan sebuah perhubungan yang didatangi oleh orang ketiga sepertimana jalan cerita liriknya.

Sebagai pendatang baharu, Razman sedar ada cabarannya untuk memperkenalkan dirinya sendiri, “Cabaran paling besar buat saya sebagai artis baharu adalah bagaimana untuk menonjolkan bakat yang saya ada, dan pada masa yang sama mempunyai identiti sendiri dan tidak dilabelkan sama dengan mana-mana artis yang sedia ada.

Kata Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, “Saya berharap agar kerjasama yang berterusan ini dengan Werkit Records dapat melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baharu yang dapat mewarnai persada industri muzik negara. Semoga single PERGI dapat melonjakkan lagi nama Razmansyah sehingga dikenali ramai.

Akhiri Razman: “Perjalanan seni saya masih jauh dan banyak yang perlu saya pelajari, namun saya percaya jika terus komited dan sentiasa berkerja keras, pasti suatu hari membuahkan hasil. Saya berharap agar lagu ini dapat PERGI jauh dan menyentuh hati para pendengar di luar sana. Semoga lagu ini juga dapat dijadikan OST mana-mana drama bersiri atau telefilem kerana dengan cara ini dapat membantu saya lebih dikenali di luar sana.

Lagu ‘PERGI’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan juga Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Werkit Records.

07-09-2022-00-08-38

Tajuk : PERGI

Artis : Razmansyah

Penulis Lirik : Dato’ A. Aida

Komposer : Sharon Paul

Terbitan : Werkit Records & Rocketfuel Entertainment

Ku tahu kau akan pergi

Pergi dan meninggalkanku

Tak perlu kau rahsiakan lagi

Semuanya jelas di mata

Ku tahu ku takkan bisa

Memujuk hatimu lagi

Pergilah andainya itu yang kau mahu

(Chorus)

Ku rela dan ku rela

Ku rela melepaskan kau pergi

Pergi, pergi lah sayangku

Asalkan kau bahagia

Yang memilih aku adalah…

Dirimu

Ohhh… ohhhh

Biarlah, andainya itu yang kau mahu

(Chorus)

Ohhhh, dikhianati

(Bridge)

Ku takkan bisa memujukmu lagi

(Chorus)

Yang memilih aku adalah…

Dirimu… Ooohhh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 18

Selepas Dedah Wajah Bilal, Neelofa & Haris Dilihat Bercuti Di Langkawi 

Gaya Hidup

Kolaborasi Nelissa Hilman & Wasis Studio Hasilkan Koleksi Seed(Pods) 2022