in

Selebriti Popular Meriahkan Ketuk-Ketuk Ramadan 2014

Ketuk-Ketuk Ramadan 2014 Kembali Sepanjang Ramadan Mulai 28 Jun Ini di TV1. Dimeriahkan dengan kemunculan artis popular turun padang memasak sendiri resipi mereka antara idea terbaik di ketengahkan program ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ yang diangkat sebagai program majalah masakan No.1 di Malaysia.

‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ disiarkan setiap hari mulai 28 Jun ini, jam 12.30 tengah hari di TV1 bakal menyaksikan kemunculan Sheila Rusly bersama artis jemputan terkenal terdiri daripada artis pelakon, penyanyi, pengacara dan personaliti dikenali ramai.

Menariknya, kali ini penonton berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa. Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilihan mereka sendiri, turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidilfitri tahun ini.

Artis terlibat termasuklah Syukri Yahya, Killa Fairy, Joey, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Zoey Rahman, Rebecca Islam, Alif Aziz, Mawi, Nad Zainal, Syarul Rizwan, Awi Rafael, Nabila Huda, Amar Ashraf, Zara Zya, Shah Iskandar, Zulin Aziz, Syatilla Melvin, Uqasha Senrose, Apek, Ramona Zam Zam, Hisyam Hamid dan Raja Ilya.

Mengekalkan konsep santai, program terbitan JS Pictures ini turut mendapat tajaan daripada Tesco yang menaja lokasi sepanjang sesi penggambaran di jalankan. Ia termasuklah di Tesco Ampang, Kajang, Setia Alam, Semenyih, Kuala Selangor, Puncak Alam, Shah Alam, Kepong, Bukit Beruntung, Rawang, Bukit Puchong, Kota Bharu, Melaka, Kulai (Johor), Desa Tebrau (JB), Seremban Jaya dan Klang.

Sama-sama kongsikan resipi menarik menu dipilih artis popular ini hanya di TV1.

Episod Bersama Hisyam Hamid

Episod Bersama Mawi

Episod Bersama Nad Zainal

Episod Bersama Rebecca Islam

Episod Bersama Zara Zya

Episod Shah Iskandar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layan Batman Trilogy di Starlight Cinema

Hiasan Trending | 16

Tahniah! Liza Hot FM Kini Jadi Duta Produk Oriderm