in , ,

LoveLove

Selebriti Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow

DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynas Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow

Hidup bermula di usia 30-an bersama Fair & Lovely

Kehidupan sememangnya bermula untuk wanita di usia 30-an yang berupaya membentuk hala tuju masing-masing dan juga mampu menyerlah dengan kejelitaan dalaman dan luaran. Konsep positif inilah yang dipercayai oleh jenama pencerah kulit terkenal – Fair & Lovely – sempena pelancaran krim pelembap dan pencerah baharu yang mengandungi kandungan anti-penuaan, Fair & Lovely forever GLOW™.

Bagi seorang wanita yang menjengah usia 30-an, dia memulakan fasa baru dalam hidupnya yang berbeza dari dekad sebelumnya, sama ada berkaitan perhubungan, kerjaya dan keluarga. Apabila dia menemui kematangan dan membentuk karakter dirinya yang tersendiri, dia memancarkan sifat yakin dan percaya pada diri dan bersedia untuk mencapai kejayaan dengan bidangnya.

Isma (left), Sophia (middle) and Fiza (right)

Semasa transformasi ini berlaku, sedikit demi sedikit perubahan fizikal juga melanda kulit pada masa yang sama. Apabila seorang wanita mencapai usia 30-an, cabaran menjadi bertambah baginya untuk mengekalkan seri keremajaan yang sebelum ini dipandang mudah pada usia 20-an. Pembaharuan sel kulit dan kolagen mula memperlahan manakala pendedahan kepada cahaya matahari dan bahan cemar yang diburukkan lagi oleh gaya hidup yang menekan, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah lesu.

Masalah kulit biasa yang mula dialaminya dengan kulit yang semakin berusia adalah munculnya kekusaman, tompok dan penggelapan kulit. Dia memerlukan pelembap pencerah yang sesuai dalam himpunan produk kejelitaannya bagi mengatasi halangan utama pencerahan kulit.

Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah baru dengan kandungan anti-penuaan dan anti-oksida untuk membantu wanita mencapai kulit wajah yang muda cerah berseri sepanjang masa. Dirumus dengan VITA AHA Complex™, campuran Vitamin B3, Vitamin E, lidah buaya dan AHA, Fair & Lovely forever GLOW™ mengembalikan semula kulit yang cerah dan muda berseri dengan mempercepatkan proses pembaharuan kulit.

Heart-to-heart session with Isma (left) and Fiza (right)

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas 207 wanita Asia dalam tempoh 4 minggu berturut-turut, keputusan menunjukkan bahawa penggunaannya setiap hari dapat mengembalikan seri wajah yang muda cerah berseri, tompok usia yang berkurangan dan kecerahan yang nyata pada tona kulit.

Unilever Malaysia’s Assistant Brand Manager untuk Fair & Lovely, Sophia Wong berkata, “Fair & Lovely kini membawakan penyelesaian pencerah dan anti-penuaan baru kepada wanita Malaysia dalam lingkungan usia 30-an yang memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka dan juga menghadapi perubahan dalam keperluan kulit masing-masing. Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah dengan kandungan anti-penuaan yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkesan bagi membantu wanita mengekalkan seri keremajaan mereka dengan mengurangkan kekusaman, tompok-tompok dan tona kulit yang tidak sekata.”

Wong menyatakan, “Kajian pengguna menunjukkan bahawa wanita di usia 30-an lebih matang dan yakin menangani cabaran berbeza yang datang dalam hidup mereka. Kempen kami ini mengutarakan secara langsung isu-isu yang dekat dengan diri mereka. Salah satu isu utama ialah tentang bagaimana caranya untuk tetap kekal jelita pada peringkat ini, yang bukan sahaja tentang memiliki kulit yang licin dan cerah berseri, malah juga mempunyai gandingan kejelitaan dalaman dan luaran”.

Fair and Lovely forever GLOW - row of product pack shots

Sempena pelancaran Fair & Lovely Forever GLOW™, Fair & Lovely memperkenalkan sebuah kempen khas untuk berkongsi dengan para wanita di seluruh negara pelbagai kisah yang memberi inspirasi dan motivasi tentang bagaimana wanita dapat ‘Menyerlah pada usia 30-an’. Ini telah dilakukan melalui kerjasama dengan sebuah program istimewa 6 episod yang akan disiarkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, yang akan menampilkan selebriti-selebriti popular dari industri hiburan. Mereka akan berkongsi kisah inspirasi tentang bagaimana kehidupan mereka bermula di usia 30-an. Personaliti ini adalah DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynaz.

Semasa previu yang diadakan hari ini, hos bagi episod Fair & Lovely khas, Siti Haffiza Aswaty (Fiza), menjadi moderator sesi bersama tetamu jemputan iaitu Isma yang berkongsi kisah peribadinya pada usia 30-an di mana kematangan dan keyakinan diri mengemudinya menangani cabaran hidup. Saksikan enam episod eksklusif ini di Wanita Hari Ini bermula 3 Ogos.

Fair & Lovely forever GLOW™ dijual pada harga RM18.90 bagi sebotol 50g dan boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Rangkaian produk pencerah Fair & Lovely merangkumi Fair & Lovely Multi Vitamin yang mengandungi vitamin Tri-Fair Complex™ bagi kulit wajah yang cerah sempurna; Fair & Lovely Herbal Balance yang mengandungi 16 herba India untuk kulit yang cerah secara semula jadi dan Fair & Lovely Anti-Marks yang mengandungi Vita Aloe Complex untuk memudarkan dan meghilangkan bahagian yang bertompok untuk kulit lebih cerah berseri.

Fair and Lovely forever GLOW - Bottle_box

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki Meriahkan 1Malaysia Aidilfitri

U Mobile Introduces The Lowest Rates Across The Straits