in

Selangor Cadang Untuk Buka Sektor Ekonomi Yang Benar-Benar Perlu Sahaja

Apa Yang Kita Harapkan Semoga dengan Membuka Sektor Ekonomi Yang Benar-Benar Perlu Sahaja Dapat Meringankan Beban Usahawan Yang Kini Sedang Hidup Segan Mati Tak Mahu.

Kerajaan Selangor semalam mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka sehingga tamat pelaksanaan Perintah kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu.

Menurut laporan Bernama, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, syor yang turut dikemukakan kepada MKN antaranya adalah mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan seingga tamat PKPD.

PKPD di Selangor yang bermula dari 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021 melibatkan 34 mukim di lapan daerah iaitu:

  1. Petaling
  2. Hulu Langat
  3. Sepang
  4. Gombak
  5. Kuala Langat
  6. Kuala Selangor
  7. Hulu Selangor
  8. Klang

Katanya, perbincangan dengan MKN merangkumi kebenaran sektor elektrik dan elektronik beroperasi di kawasan PKPD mulai 7 Julai seperti yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI).

Menurut MITI, E&E dan rantaiannya adalah sektor signifikan dan kritikal yang perlu beroperasi.

Kata Datuk Amirudin, pelaksanaan PKPD di Selangor adalah satu daripada langkah drastik yang diambil kerajaan negeri untuk menghentikan penularan Covid-19 selain mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyatnya. Menurutnya lagi, Selangor akan dijangka beralih ke Fasa Dua PelanPemulihan Negara (PPN) pada Ogos atau September selepas memenuhi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan bagi peralihan fasa tersebut.

Kadar vaksinasi di Selangor juga mampu mencecah 10 peratus dalam temppoh seminggu ini. Namun angka kes masih tinggi dan sistem kesihatannya terkesan dengan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Malaysia sekali lagi mencatat kes baru tertinggi dengan jumlah kes 9,180 semalam (9 Julai 2021). Semua rakyat berharap semoga kes Covid-19 akan benar-benar pulih sepenuhnya dalam jangka masa terdekat ini agar kita dapat menjalani kehidupan dan rutin harian kita seperti biasa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 23

Selepas Dilantik Jadi TPM, Ismail Sabri Arah 56 Kilang & Premis Perniagaan Ditutup

Annuar Musa | 24

Pecah Rekod Lagi, Malaysia Catat Jangkitan Tertinggi Menteri Wilayah Dedah Punca Sebenar