in ,

Pecah Rekod Lagi, Malaysia Catat Jangkitan Tertinggi Menteri Wilayah Dedah Punca Sebenar

Angka jangkitan baru semakin meningkat nampaknya. Di Facebook dan sosial media, kerap kali terbaca ramai kawan dan saudara yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga Malaysia diselamatkan dari bala ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menjangkakan kes positif Covid-19 akan meningkat dalam tempoh dua minggu ini di Lembah Klang ekoran ujian saringan besar-besaran di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ujian saringan secara besar-besar itu turut membabitkan tapak pembinaan mengakibatkan peningkatan mendadak jangkitan harian Covid-19.

“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan kita memilih untuk (kuat kuasakan) PKPD kawasan yang luas dan lokaliti yang banyak.

“Apabila sesuatu kawasan diletakkan bawah PKPD, ‘mass PCR testing’ akan dibuat. Ini bermakna puluhan ribu diwajibkan buat ujian saringan dua kali. Bacaan positif direkod dan diisytihar tiap hari.

“Justeru dalam dua minggu ini, jumlah kes positif akan naik tinggi. Lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan kita memutuskan untuk menggempur tapak bina dan (rumah) kongsi,” katanya dalam satu hantaran di Faceboonya, hari ini.

Pecah Rekod Lagi, Malaysia Catat 9357

Malaysia hari ini mencatat rekod kes harian Covid-19 paling tinggi sepanjang negara dilanda pandemik ini.

Selangor mencatat 4,400 kes positif Covid-19, manakala Kuala Lumpur merekodkan 1,271 kes positif.

Dalam pada itu Annuar menjelaskan, Kuala Lumpur dijangka akan mencapai imuniti kelompok dalam bulan Ogos ini.

“Pada masa yang sama, kita perhebatkan suntikan vaksin. Dalam masa dua minggu kita dijangka berjaya melepasi minimum 50 peratus dua dos, pada ketika itu dijangka kes positif tahap 3, 4 berkurangan, manakala tahap 1 dan 2 tidak lagi merbahaya kepada mereka yang sudah ada imuniti.

“Kita yakin, bulan Ogos adalah detik kita mula meraih kemenangan apabila Kuala Lumpur menjadi antara kota metropolitan terawal mencapai imuniti kelompok 80 peratus telah divaksin,” katanya.

KES baharu positif C0vid-19 sekali lagi melepasi angka 9, 000 apabila merekodkan sebanyak 9,353 kes pada Sabtu.

Jumlah ini sekaligus menjadi angka tertinggi berbanding kes yang pernah direkodkan sebelum ini iaitu 9,180 kes pada Jumaat (9 Julai), dan 9,020 kes yang direkodkan pada 29 Mei.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 827,191 kes.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4, 277 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 398), Melaka (835) dan Negeri Sembilan (638).

Perlis pula merekodkan empat kes pada hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selangor Cadang Untuk Buka Sektor Ekonomi Yang Benar-Benar Perlu Sahaja

“Saya Dikecam Teruk, Orang Pandang Seolah-Olah Jahatnya Saya,” – Vida