in ,

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan

Sejak mulai pandemik menyerang sehingga program vaksin COVID-19 ditawarkan di Malaysia, dapat dilihat pelbagai kaedah dan ‘ikhtiar’ tersebar di aplikasi WhatsApp mengenai cara-cara untuk membasmi wabak COVID-19. Penggunaan wap cengkih antara yang popular disebarkan sehingga kini.

Terbaharu, sebuah lagi kaedah yang agak mengejutkan ramai tersebar di mana seorang lelaki menunjukkan penggunaan bahan peluntur Clorox yang didakwa mampu membunuh wabak COVID-19 dalam badan. Lebih mengejutkan, beliau dilihat turut meminum segelas air teh yang dicampur bersama peluntur Clorox.

Difahamkan video yang tular ini berlaku lebih empat bulan lalu di mana pak cik berkenaan aktif mengesyorkan penggunaan peluntur Clorox untuk membunuh COVID-19.

Dakwaan beserta tindakan untuk minum peluntur Clorox nyata mengejutkan netizen serta menimbulkan kerisauan sekiranya ‘kaedah’ ini ditiru oleh mereka yang percaya dengannya. Berikut antara respon netizen mengenai video berikut yang sedang tular.

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan

Dimaklumkan pemahaman menggunakan peluntur Clorox bukan sahaja tersebar di Malaysia malah turut dipercayai sebilangan kecil individu di Amerika Syarikat. Sekitar tahun lalu, laman Forbes mendedahkan kaedah yang mampu merosakkan badan ini telah digunakan sebilangan rakyat Amerika Syarikat yang percaya peluntur mampu menjadi penyembuh.

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan
SUMBER: FORBES

Sehubungan dengan itu, dinasihatkan agar orang ramai tidak menggunakan peluntur untuk diminum kerana mampu merosakkan tubuh badan berikutan kandungannya yang mampu menghakis. Diharap mesej ini dapat disampaikan agar video yang kini sedang tular di aplikasi WhatsApp ini tidak menjadi ikutan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Nak Berkesan, Semua Kena Duduk Rumah” – DPMM Gesa Kerajaan Laksana PKP Penuh

Donnie Yen Sah Bakal Sertai Keanu Reeves Untuk Menjayakan Filem JOHN WICK 4