in

“Nak Berkesan, Semua Kena Duduk Rumah” – DPMM Gesa Kerajaan Laksana PKP Penuh

Penguguman ‘total lockdown’ yang dibuat kerajaan Malaysia baru-baru ini yang menyebabkan banyak sektor yang telah diarahkan tutup bagi mengurangkan gejala ini daripada terus merebak. Akan tetapi, pelaksanaan yang diumumkan ini seakan-akan tidak membuatkan hasil disebabkan kes jangkitan harian menunjukkan angka yang sama.

Ia mendapat perhatian daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) agar mendesak kerajaan supaya melaksanakan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan seperti PKP pada 18 Mac 2020.

Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon, berkata kerajaan perlu melaksanakan tindakan pengawalan Covid-19 ini secara berkesan dan menyeluruh agar angka jangkita semakin menurun demi kepentingan semua golongan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau ketika sidang media pembentangan Hasil Kaji Selidik Permasalahan Penajaja, Peniaga Atom, Kecil dan seferhana (PAMKS) dalam menghadapi PKP 3.0 secara maya.

Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon
Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon

Beliau berkata demikian pada sidang media Pembentangan Hasil Kaji Selidik Permasalahan Penjaja, Peniaga Atom, Mikro, Kecil dan Sederhana (PAMKS) dalam Menghadapi PKP 3.0 secara maya, hari in

Kalau kita mahu ‘total lockdown’ ini berkesan, sepatutnya kena buat sekali dan semua pihak kena duduk di rumah, barulah akan berjaya. Jangan sampai nanti kita sia-siakan pengorbanan duduk di rumah seperti PKP 1.0 dulu.

Kita tak mahu majoriti rakyat duduk di rumah, tetapi disebabkan sektor (ekonomi) dibenarkan ini …jangan pula selepas 14 hari, kluster daripada sektor ini pula merebak dan menyebabkan ‘lockdown’ bagi pusingan berikutnya.

Katanya lagi, sebagai seorang usahawan, sudah semestinya orang ramai akan suka jika sektor ekonomi dibuka, tetapi apabila angka kes jangkitan meningkat sehingga 9,000 nanti menyebabkan usahawan tidak berani untuk keluar dari rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru 15 Tahun, Netizen Terkejut Gadis Bawah Umur Berlakon Adegan Suami Isteri Dalam Bilik

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan