in ,

Donnie Yen Sah Bakal Sertai Keanu Reeves Untuk Menjayakan Filem JOHN WICK 4

Pelakon utama filem Kung Fu Ip Man, Donnie Yen dikhabarkan bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Keanu Reeves dalam filem John Wick 4.

Dijangkakan filem sekuel John Wick 4 akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2022. Pengumuman ini telah dikongsikan oleh syarikat pengendali pawagam terkenal iaitu GSC dalam satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Donnie Yen Sah Sertai Keanu Reeves Untuk Filem John Wick 4
BREAKING: Donnie Yen 甄子丹 will be joining the cast of #JohnWick4, teaming up with Keanu Reeves! 😱😍

Pasti ramai peminat filem sekuel John Wick berasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi kehebatan serta keserasian gandingan antara dua pelakon hero ini dalam filem ini.

Selepas 2 tahun John Wick 3 meninggalkan peminatnya dengan pengakhiran yang tergantung sudah pastinya ‘menjengkelkan’ segelintir peminat, namun akhirnya kedukaan itu mulai terubat apabila filem ini telah pun mempunyai sambungan sekuelnya yang keempat.

E3Am454Xmaatrr4.Jpg

Akan tetapi, ia kedengaran sedikit kecewa juga kerana sebelum ini John Wick 4 pernah dilaporkan bakal ditayangkan 21 Mei tahun ini. Mungkin atas sebab-sebab tertentu tayangan filem ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada gandingan dua pelakon hero yang terkenal serta hebat ini Donnie Yen dan Keanu Reeves dalam John Wick 4 menjadi atau pun sebaliknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 16

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan

Namewee 2020 | 17

Didakwa ‘Menghina’ Blackpink Dan Seksualkan Wanita, Peminat Tuntut Namewee Minta Maaf