in

Selamat Hari Jadi ke 38 Afdlin Shauki

Semalam, 19 Mei 2009 adalah hari jadi pelakon popular, Afdlin Shauki. Jadi, Budiey pun nak ucap Selamat Hari Jadi kepada Afdlin Shauki. Pelakon filem Stamp dan Baik Punya Budak ini lahir pada 19 Mei 1971. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Memang Afdlin murah rezeki tahun ini.

Wajah baru Astro, Afdlin Shauki dah ada program wawancaranya sendiri iaitU EK ELEH! AFDLIN yang memaparkan sketsa, permainan selebriti dan pentas lawak. AC Mizal, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza dan Azean Irdawaty bakal muncul dalam program yang bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10.30 malam di Astro Warna Saluran 132. Kalau nak tengok, kena langgan Pakej Astro Mustika dengan harga RM12.95 sebulan.

Pada sidang media di Majlis Pelancaran MUSTIKA petang tadi, ulangtahun Afdlin Shauki yang ke 38 diraikan bersama dengan media dan juga warga kerja Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysian Dreamgirl 2 Crowns Winner

Gambar Sekitar Showcase Imran Ajmain di No Black Tie