in ,

Gambar Sekitar Showcase Imran Ajmain di No Black Tie

Pada 19 Mei 2009, hari Selasa, jam 9.30 malam, penyanyi yang kian meningkat maju, Imran Ajmain julung-julung kalinya telah mengadakan showcase di No Black Tie, 7 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur. Rasanya ramai peminat yang datang adalah peminat setia penyanyi kelahiran Singapura ini. Rata-ratanya tahu pasal showcase ini melalui internet.

3549447839 88De8881D2 O | 4

Sebanyak 16 buah lagu didendangkan dalam dua slot, Imran Ajmain ternyata seadanya dapat memberikan yang terbaik untuk audiennya. Mutu vokal tersendiri dan unik dari Imran memang sudah menjadi trademark dan yang utama, bakat beliau sebagai seorang komposer dan penulis lirik disatukan dalam lagu-lagu ciptaannya. 

3549449075 B70561Ebc4 | 5

Ini adalah kali kedua Budiey dapat menyaksikan showcase Imran Ajmain. Kali kedua adalah di showcase Imran Ajmain’s Punca & Persembahan di Annexe, Central Market pada 21 Disember 2008. Berbeza dengan kali ini, Imran berdiri solo dengan band muziknya yang mantap, tanpa suara latar dari Infinatez dan dengan audien yang lebih kecil.

3550254244 D163Fa5811 O | 6

Cat Farish dari The Fabulous Cats turut datang memberi sokongan.

Pemuzik yang mengiringi persembahan Imran Ajmain iaitu Rafik, Eugene, Chin dan Arin seakan sudah sebati dengan acuan muzik Imran Ajmain. Imran membuka pentas dengan sebuah lagu yang pernah dinyanyikannya untuk opening act konsert Agnes Monica suatu ketika dulu iaitu Sudah tu Sudah.

Antara lagu lain yang dinyanyikan, Dia – Harvey Malaiholo, Menimbang Rasa, Pernah Muda – Bunga Citra Lestari, Malu, Ada Senyummu – Radiostar, Lately – Stevie Wonder dan Radio, sebuah lagu malar hijau diberi suntikan baru yang lebih segar.

Budiey suka dengan gaya Imran Ajmain yang ternyata bijak berkomunikasi dengan audien. Santai dan diselitkan dengan lawak jenaka.

Show berhenti rehat selama 15 minit. Kembali menyegarkan peminat dengan lagu Yang Ku Perlu, Dia – Sheila Majid dan Harapan Kecewa sebuah lagu dendangan Dato’ Ahmad Jais.  

3550254670 0Ef4393D1D O | 7

Turut dinyanyikan sebuah lagu tema drama Yusuff iaitu Jika Engkau Pergi – Imran Ajmain. Lagu yang pastikan akan meletop dan terkandung dalam album terbaru Imran Ajmain.

Lagu Digenggam Surga – Numata, What If – Babyface, Seribu Tahun/Thousand Years – Imran Ajmain dan Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

Terbaru, Imran Ajmain akan melancarkan album terbaru Punca dan Tindakan di No Black Tie minggu hadapan. Lagu terbaru Imran Ajmain iaitu RADIO, yang dinyanyikan dalam versi baru berkolaborasi dengan pelakon jelita Diana Danielle dan pelawak terkenal Nabil Raja Lawak sudah berkumandang di Radio Era secara Premiere semalam.

Terima kasih Aszuad atas jemputan!

3550254070 9Be9F4687D O | 8

3550254370 6130074F7B O | 9

3549448501 02Aa7108Ab O | 10

3549448567 Db311F2206 O | 11

3550254896 Dc7A5Ba7Df O | 12

3550254966 Ab57244B42 O | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Hari Jadi ke 38 Afdlin Shauki

ADV: Dapatkan Rahsia Senang Hamil Sekarang!