in , , ,

Selain iPhone 9, Apple Diramal Lancar Pengecas Nirwayar & AirTag

Dengan permulaan tahun baru 2020, semestinya ramai yang menantikan pelbagai kejutan daripada pengeluar-pengeluar seluruh dunia untuk gajet-gajet menarik pada tahun ini.

Apple telah pun sedia diperkatakan bakal hadir dengan “iPhone 9” dan juga iPad menggunakan tri-kamera belakang. Terbaru, Ming-Chi Kuo turut berkongsi beberapa ramalan baru, menyasarkan Apple mungkin akan memperkenalkan beberapa produk baru dalam pertengahan pertama 2020 ini.

Selain daripada iPad dan iPhone baru berkenaan, Kuo turut menyasarkan Apple mungkin melancarkan model MacBook baru tidak lama lagi.

Selain daripada itu, Apple turut dijangka akan menawarkan sebuah aksesori baru untuk mengetahui lokasi semasa sesuatu peranti – lebih kurang seumpama Tile. Apple mungkin menamakannya sebagai AirTags.

Pada masa yang sama, Apple turut diperkatakan sedang mempersiapkan pengenalan sebuah pengecas nirwayar untuk memudahkan pengguna mengecas peranti-peranti mereka. Sebelum ini, Apple pernah mengatakan bakal hadir dengan AirPower, tetapi membatalkannya kerana faktor-faktor teknikal.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pertengahan pertama 2020 ini untuk melihat apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Apple.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya

JOOX Siar The 29th HIGH1 SEOUL MUSIC AWARDS Secara Eksklusif