in ,

JOOX Siar The 29th HIGH1 SEOUL MUSIC AWARDS Secara Eksklusif

JOOX menunjukkan sokongan padu kepada industri K-Pop dengan membawakan acara muzik tahunan Anugerah Muzik Seoul eksklusif untuk pengguna Asia.

Sebagai penyokong No.1 Hallyu, JOOX terus menyiarkan lebih banyak acara muzik terbaik Korea secara langsung daripada platform penstriman muzik lain di rantau ini. Terjemahan sarikata dalam masa nyata disediakan menerusi teknologi AI yang canggih untuk memastikan peminat K-Pop tidak akan terlepas momen-momen hebat. Anugerah Muzik Seoul High1 yang ke-29 (29th High 1 Seol Music Awards) bakal menyaksikan kemunculan idola-idola K-Pop kesayangan ramai seperti TWICE, MONSTA X, NCT DREAM, SUPER JUNIOR, NU ‘EST, RED VELVET dan ramai lagi.

JOOX, platform penstriman muzik Asia yang paling mendukung muzik K-Pop, sekali lagi membawakan secara eksklusif Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 (29th High 1 Seoul Music Awards) kepada peminat setia di Malaysia.

Tahun ini menjanjikan kelainan buat peminat K-Pop kerana siaran secara langsung di JOOX ini hadir dengan terjemahan sarikata dalam masa nyata melalui teknologi AI.

En. Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent IBG, berkata,

“Kami telah membawakan sebahagian daripada acara muzik Korea terbesar selama tiga tahun berturut-turut kepada pengguna kami, lebih daripada platform lain di rantau ini.

Ini termasuklah Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) yang telah ditonton lebih daripada 3 juta penonton pada tahun 2019 di JOOX – dan ianya merupakan hasil yang sangat menggalakkan bagi kami.

Sebagai platform penstriman muzik yang terkemuka, kami berbangga dengan usaha kami yang teguh untuk mempromosikan budaya K-Pop dan memastikan industri K-Pop menjadi lebih kuat sepanjang tahun ini. “

“Baru-baru ini, kami juga meningkatkan usaha kami dengan menawarkan terjemahan sarikata dalam masa nyata dengan menggunakan teknologi AI yang canggih di program-program K-Pop, termasuk Anugerah Muzik Seoul.

Kami percaya bahawa ciri tambahan ini akan membolehkan pencinta muzik terlibat sepenuhnya dalam pengalaman muzik yang hebat ini dan seterusnya dapat mengetahui lebih lanjut lagi tentang budaya K-Pop. “

En. Poshu Yeung

Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 mengiktiraf penyanyi terbaik dan paling popular tahun lalu, menerusi acara siaran langsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea pada 30 Januari 2020.

Jangan terlepas untuk menyaksikan kemeriahan serta aksi bintang-bintang terunggul K-pop TWICE, MONSTA X, NCT DREAM, SUPER JUNIOR, NU’EST, RED VELVET, AB6IX, TXT, ITZY, MAMAMOO, CHUNGHA, TAEYEON, dan ramai lagi secara eksklusif di JOOX.

Menghangatkan lagi acara muzik ini, peminat K-Pop boleh menyokong idola-idoa kesayangan mereka dengan mengundi menggunakan Coin JOOX. Hadiah-hadiah menarik seperti set Nintendo Switch, akses JOOX VIP dan beg cenderahati JOOX menanti 10 pengundi terbanyak yang menggunakan Coin JOOX.

Tandakan kalendar anda dan tonton secara langsung eksklusif di JOOX pada 30 Januari:

LokasiMasa Tempatan pada 30 Januari (Khamis)
Malaysia5:50pm

Tidak dapat menonton persembahan idola-idola kesayangan anda secara langsung? Peminat boleh menonton semula acara anugerah ini menerusi video-on-demand pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan April dengan sarikata (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia), eksklusif di JOOX!

JOOX telah menyiarkan MMA untuk tahun kelima berturut-turut, MAMA untuk tahun keempat berturut-turut, dan kini akan menyiarkan SMA untuk tahun ketiga berturut-turut. Peminat juga boleh menonton semula MMA dan MAMA di JOOX sekarang.

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telefon pintar atau desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, juga menerusi laman web JOOX.

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu yang diperibadikan. Pengguna dapat menemui muzik baharu yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan perasaan anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selain iPhone 9, Apple Diramal Lancar Pengecas Nirwayar & AirTag

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series