in , , ,

Khai Bahar Bakal Jayakan Konsert Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Perumpamaan itu tepat menggambarkan perjalanan seni Khai Bahar yang semakin meningkat naik.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 26, telah dilamar untuk menjayakan persembahan di pentas Istana Budaya pada 27 & 28 Mac nanti. Menurut anak kelahiran Kangar, Perlis ini, ia merupakan impian setiap penyanyi tanah air untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu dan dirinya cukup bersyukur diberikan peluang walaupun baharu empat tahun bergelar anak seni.

Konsert Khai Bahar Istana Budaya

“Apabila saya ditawarkan untuk membuat persembahan di Istana Budaya, sudah tentu saya tidak menolak. Lagi-lagi peluang itu bukan selalu kita dapat.

“Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya. Bukan saya sahaja, rasanya semua penghibur mengimpikan dan berangan untuk buat konsert di pentas itu.

“Saya tak takut dengan kritikan atau pandangan orang terhadap saya sebab apa yang saya nak hanyalah keluar dari kebiasaan. Memang saya masih baru dalam industri tapi dah orang beri peluang, saya akan cuba buat sebaik mungkin,”

– Khai Bahar

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata konsert ini juga antara usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) kepada peminat Khai, yang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Asia yang lain.

“Kami amat ingin menarik peminat muda menyertai program-program VM2020 seperti konsert ini dan kami juga amat positif terhadap peminat antarabangsa Khai Bahar terutamanya dari Singapura, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand akan berpeluang menyaksikan konsert ini,” 

– Datuk Juhari

Konsert itu dianjurkan oleh syarikat produksi milik pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy iaitu Ogy Ventures.

Bercakap mengenai pemilihan Khai sebagai artis pertama yang mengadakan konsert di bawah produksinya, Ogy berkata penyanyi lagu Bayang itu mempunyai sesuatu yang boleh ditonjolkan kepada peminat seni tempatan.

“Saya cukup suka dengan suara dia yang lunak merdu dan dia ada persona dalam diri yang masih lagi belum digali sepenuhnya.

“Konsert sebegini yang dilatih di bawah pasukan yang dipertangungjawabkan boleh membuka mata buat penyanyi generasi baharu bagaimana seni persembahan pentas yang sebenarnya perlu mereka belajar.

“Untuk konsert ini, saya telah melantik Adeep Nahar sebagai guru vokal Khai dan saya ingin imej Khai nampak lebih ‘mahal’ ketika berada di atas pentas Istana Budaya itu nanti,”

– Khai Bahar

Tiket berharga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (meet & greet session) boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tokyo Dipilih Sebagai Destinasi Utama Oleh Pelancong Asia Pada Tahun Baharu Cina 2020

Selain iPhone 9, Apple Diramal Lancar Pengecas Nirwayar & AirTag