in , ,

“Sekolah Nak Buka Bising, Pergi Air Terjun, Bercuti Tak Takut Pula!,” – Michael Ang

Ramai netizen bersetuju dengan pendapat Michael Ang. Rasa-rasa lepas ni ada tak kes akan meningkat? Nak tahu kita tunggu je dua minggu dari sekarang. Harap kerajaan tak dipersesalahkan ya. Salah sendiri siapa suruh cari penyakit?

Pengarah sensasi Michael Ang bengang dengan mentaliti sesetengah rakyat negara ini terutama golongan ibu bapa yang ‘bising’ apabila kerajaan memutuskan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka, tetapi dalam masa sama bertindak berani membawa anak-anak keluar bercuti.

Menurut Michael Ang, ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan tentang tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah tetapi berpusu-pusu keluar bercuti selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.

“Selamat Hari Malaysia. Tapi layakkah kita sambut? Tak faham dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu ini, keselamatan anak-anak.

“Bila kerajaan bagi kelonggaran, boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti, berkelah berpusu-pusu, tak takut pula!

“Tolong fahamkan aku pasal apa yang kalian fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kalian, janganlah jadi sampah masyarakat ya,”

– Michael Ang

Perkongsian pengarah drama itu menerima respons daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perkara tersebut.

Mereka menyifatkan rakyat negara ini gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk melakukan aktiviti riadah apabila ramai bersesak-sesak di beberapa lokasi tumpuan seperti yang berlaku di Air Terjun Sungai Pisang, Batu Caves baru-baru ini.

“Ini bukan lagi kerajaan yang gagal. Hadap risiko sendiri lah. Tengok sungai penuh macam tu, kalau salahkan kerajaan juga tak tahu lah,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu lah. Saya rasa nanti keluarlah tanda pagar rakyat gagal pula,”

– Michael Ang

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masalah Air Kotor Selesai, Penduduk Kelantan Minta Fizo Omar Buat Live di Rumah Mereka

Adik Bekas Pengacara TV Umum Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Sejenis