in ,

Adik Bekas Pengacara TV Umum Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Sejenis

Adik perempuan kepada seorang bekas pengacara televisyen dikhabarkan akan mengadakan resepsi majlis perkahwinannya pada hujung minggu ini. Wah! Pasti yang bertanya siapakah???

Pendedahan yang dibuat turut mengundang beberapa persoalan daripada pengikutnya berikutan wanita tersebut sebenarnya akan mengadakan resepsi perkahwinan sejenis di luar negara.

Difahamkan, wanita tersebut telah berkahwin dengan seorang wanita luar negara beberapa tahun lalu.

Ketika diajukan soalan mengenai ‘perasaan’ arwah ibunya akan gembira mengenai perkahwin tersebut dan adakah beliau juga merupakan seorang yang berfikiran bebas, wanita itu menjawab arwah pasti akan gembira untuknya.

Perkahwinan Sejenis

“Dia dilahirkan dan dikebumikan sebagai seorang muslim. Dia sentiasa berfikiran terbuka dan apa pun dia akan tetap menyayangi saya. Jadi ya, dai akan gembira dengan saya”

Dalam pada itu, pasangan ini akan mempertimbangkan idea untuk mengadakan siaran langsung majlis resepsi mereka kerana bergantung kepada kualiti internet di sana. Bagaimanapun, dia berjanji akan berkongsi foto dan video majlis mereka tidak lama lagi.

Untuk rekod, kakak kepada wanita ini pernah mengacarakan program hiburan di sebuah stesen televisyen swasta suatu ketika dahulu sebelum mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli kenamaan.

Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Sekolah Nak Buka Bising, Pergi Air Terjun, Bercuti Tak Takut Pula!,” – Michael Ang

Insomniacks Terima Lamaran Universal Music, Ini Satu Penghormatan