Sekitar Ujibakat OIAM di Kota Kinabalu, Sabah

Raja segala pertandingan nyanyian – One In A Million telah menggegarkan Kota Kinabalu dengan sesi ujibakatnya yang pertama pada minggu minggu lepas. Ujibakat yang diadakan sehari suntuk itu berjaya menghimpunkan seramai 377 peserta yang ingin mencuba nasib dalam bidang nyanyian tetapi hanya 10 orang berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sesi ujibakat yang diadakan di Kota Kinabalu pada minggu lepas membuktikan juri pertandingan ini iaitu Paul Moss dan Syafinaz Selamat telah meletakkan satu standard yang lebih tinggi berbanding pada musim lepas dalam memiliilh para peserta yang benar-benar layak untuk bertanding.

Zaidi Tuah, pemuda berusia 26 tahun merupakan peserta yang pertama terpilih untuk ke pusingan seterusnya. “Saya berasa sangat gembira dan teruja apabila terpilih untuk mara ke pusingan seterusnya. Saya memandu selama 5 jam dari Sandakan untuk sampai ke Kota Kinabalu. Saya sampai sehari awal kerana menyangka ujibakat diadakan pada 18 haribulan sedangkan ia diadakan pada 19 haribulan. Pada mulanya saya berbelah bahagi untuk menghadiri ujibakat ini kerana ia berlangsung pada waktu yang sama dengan majlis pengebumian sepupu saya, namun begitu pengorbanan saya berbaloi kerana saya telah terpilih dan layak untuk ke pusingan seterusnya!” jelas Zaidi.

“Kami dapat lihat banyak bakat yang menyerlah semasa ujibakat di Kota Kinabalu, namun begitu ianya masih belum cukup kerana kami mencari yang terbaik d iantara yang terbaik memandangkan RM1,000,000 bukanlah jumlah yang kecil. Kami juga ingin mengingatkan kepada semua bahawa pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja malah memberi peluang kepada artis rakaman yang berkaliber di dalam industri muzik tanah air untuk turut serta,” jelas Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV.

Pencarian bakat nyanyian yang bernilai RM1,000,000 ini telah bermula di Kota Kinabalu dan akan diteruskan di tiga lagi lokasi di seluruh Malaysia. Peserta-peserta mestilah warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 32 tahun. Personaliti TV dan pelakon terkenal Awal Ashaari bersama si cantik manis Marion Caunter sekali lagi akan menjadi perantara antara peserta dan penonton di rumah untuk musim kedua One In A million ini.

Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan semasa, sila layari laman web www.8tv.com.my/oiam

[tags]oiam, pemenang oiam musim kedua, ujibakat oiam, penyanyi paling seksi, deja moss, datuk siti nurhaliza, silly nurhaliza, nas ahmad video melodi, bam bam boom, download video percuma, gratis video percuma, tips jaga suara, pemenang oiam, peserta oiam, zaidi tuah, gambar zaidi tuah, gossip paul moss, syafinaz selamat, lam swee kim, gossip awal ashaari, gambar marion counter, profile syafinaz [/tags]

gambar zaidi tuah oiam

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lelaki Ini Anuar Zain Lagu Terbaru Anuar Zain

Album CD Rebecca dan ALAMband dari Multinum Entertainment Sdn Bhd