in , ,

Lirik Lelaki Ini Anuar Zain Lagu Terbaru Anuar Zain

Orait! Sebagaimana yang dijanjikan… mp3 lagu terbaru Anuar Zain yang digilai ramai ittew sudah ada di blog ini. Jom kita beli album yang original.

Jangan duk suka hati download mp3 sahaja ya. Ingat! Anuar Zain pun nak makan nasi lemak kat hotel gak! Oklah… bak kata Farah Fauzana dalam Melodi… layannnn!

Ulasan Lagu Lelaki Ini – Anuar Zain

Jarang kita menjumpai lagu yang mengaplikasi perkataan lelaki kan? Selepas timbul lagu Lelaki Pencemburu dari Dewa, lagu Lelaki Idaman dari Melly Goeslow, lagu Diari Seorang Lelaki dari Pretty Ugly, Lagu Lelaki Yang Ku Mahu dan Lelaki Buaya Darat dari Ratu yang bertemakan habis manis sepah dibuang, lagu Naluri Lelaki dari Samsons yang menceritakan tentang perasaan sebenar seorang lelaki… kini lagu Lelaki Ini dari suara Anuar Zain pula menambahkan koleksi lagu yang didedikasi khas untuk lelaki.

Jangan pula ada yang menginterpretasikan ini sama dengan lagu dari The Lima – Separuh Masa. Oh ya, sedikit kemaskini, Edry KRU telah menafikan bahawa lirik lagu The Lima bukannya dikhususkan untuk golongan gay atau biseksual kerana tiada ayat dan bukti kukuh lagi soheh yang menggambarkan status tersebut.

Yang ada cuma lagu itu memang berdasarkan kecurangan dan kenakalan manusia yang tidak puas dengan seorang kekasih. Itu je!

Lagu Lelaki Ini penuh dengan erti pujuk rayu, kesetiaan berbaur kerinduan, erti kecintaan yang mendalam dan erti kasih sayang yang sangat bernilai… Lirik lagu ini dimulakan dengan perkataan kasih dan kenanganku seolah lagu ini seperti sambungan dari lagu Perpisahan dan Keabadian Cinta.

Apa taknya, bait rangkap pertama sudah menceritakan tentang si kekasih ini ingin pasangannya mengimbas kembali kenangan manis ketika bersama dahulu.

Kerinduan dan ingatan yang masih mendalam kepada kekasihnya memaksa jiwanya akur bahawa cinta itu amat berharga baginya sehingga tidak dapat ditukar ganti. Terbukti untuk bait “Dan kemanapun arah anginku berlari… Hati ini masih kau miliki.” iramanya sangat menusuk bagi orang yang mengalaminya.

Budiey suka sekali dengan bahagian intro dan korus untuk lagu ini. Penggunaan vokalise koir yang sangat genius. Budiey berpuas hati dengan gaya suara Anuar Zain yang begitu fleksibel malah luar biasa untuk menjadikan kekuatan lagu ini memang tercipta untuk suara lantang milik anak jantan Pak Zain ini.

Mendayu sungguh irama lagu ini ketika bait Lelaki ini yang selalu memuja, hanya dirimu, yang bertakhta dalam sanubariku… Kesempurnaan lenggok yang memang unik dari Anuar begitu terangsang sehingga membangkitkan aura suasana yang sangat syahdu.

Apatah lagi saya begitu suka dengan suara latar yang dibuat ala gospel dan koir dan sangat sesuai bila digabungkan dengan orkestra. Mempertaruhkan ciptaan dari komposer terkenal saya dengan ini meramalkan lagu ini akan terus diminati dan tidak mustahil akan memasuk carta Juara Lagu. Tahniah untuk Anuar Zain!

Lagu ini boleh didengari di radio Era, Suria FM dan Hot FM. Yeay! Dah jumpa mp3 download Lelaki Ini

Lirik Lelaki ini – Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Gambar Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jennifer Lopez | 20

Jennifer Lopez Filmed New Album – Do It Well

Faizal Tahir 2020 | 21

Sekitar Ujibakat Program OIAM di Kota Kinabalu, Sabah