in ,

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

KUALITI NYANYIAN PESERTA SABAH MEMBANGGAKAN!

Program realiti nyanyian terunggul TV3 lebih sedekad ini kembali dengan wajah baharu! Mentor 7 membariskan empat mentor luar biasa yang bakal menggegarkan industri seni tanah air dengan aura hebat mereka.

18 & 19 Ogos 2018 lalu telah berlangsungnya sesi uji bakat terbuka Mentor 7 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Jumlah kehadiran peserta sepanjang dua hari bukan saja amat memberangsangkan malahan juri-juri profesional iaitu Ajai dan Azmeer, terpukau dengan kualiti nyanyian yang dipersembahkan oleh peserta dari Malaysia Timur.

Menurut Encik Sufian Mohd Isa, Penerbit Eksekutif Mentor 7,

“Jumlah kehadiran seramai 400 peserta telah menyuntik semangat baharu kepada sidang produksi Mentor 7. Namun apa yang lebih penting adalah kualiti setiap peserta yang hadir, jauh lebih bagus berbanding uji bakat yang pernah diadakan di Sabah sebelum ini. Ini bermakna 80 peratus peserta betul-betul membuat persediaan rapi untuk uji bakat ini. Kami amat berpuas hati dan telah membuat senarai pendek seramai 12 orang untuk para mentor membuat pemilihan.”

“Bagi sesi uji bakat di Kuala Lumpur, kami sudah ada ‘benchmark’ peserta-peserta dari Sabah. Mereka perlu melepasi paras indikator yang telah kami tetapkan. Sekali lagi, saya ingin berpesan bahawa datang uji bakat dengan persediaan yang cukup. Saya juga optimis bahawa Mentor 7 akan membawakan persembahan dan vokal berkualiti untuk dipersembahkan kepada peminat program realiti nyanyian di Malaysia,” tambah Encik Sufian.

Selepas Kota Kinabalu, terdapat empat lagi sesi uji bakat yang akan diadili sendiri oleh barisan mentor. Bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Datuk Syafinaz Selamat akan memulakan sesi uji bakat pertama pada 8 & 9 September 2018, seterusnya Aizat Amdan pada 15 & 16 September 2018, Hafiz Suip pada 22 & 23 September 2018 dan yang terakhir adalah Siti Nordiana pada 29 & 30 September 2018.

Sesi uji bakat bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Sri Pentas, Bandar Utama. Syarat-syarat uji bakat Mentor 7 adalah warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 28 tahun, serta bawa gambar berukuran poskad dan CD minus one sendiri.

Mentor 7 menampilkan empat penyanyi versatil iaitu Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana dan Hafiz Suip. Mentor-mentor ini mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih siapakah yang bakal menjadi protégé mereka. Jadi, berikan yang terbaik ketika sesi uji bakat.

Secara lebih terperinci, Siti Nordiana mahukan protégé yang belum berkahwin, boleh menyanyi dalam pelbagai genre seperti irama Malaysia, dangdut, rock, pop dan R&B, memiliki tona suara yang sedap serta berpersonaliti menarik. Pilihan Aizat Amdan pula haruslah pandai bermain instrument muzik seperti gitar atau piano, belum berkahwin dan berkeyakinan serta berfikiran terbuka.

Manakala Hafiz Suip mencari seseorang yang mempunyai vokal mantap, boleh membawa lagu genre balada dengan baik, berperwatakan menarik dan paling penting, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Datuk Syafinaz Selamat mencari seseorang yang original dan unik di samping vokal yang mantap. Protégé beliau juga haruslah sensitif dan peka terhadap muzik.

Jika anda mempunyai keyakinan tinggi dan mempunyai apa yang diperlukan oleh para mentor, usah tunggu lagi! Hadirlah ke sesi uji bakat dan sinarkan bintangmu! Jangan lupa untuk membawa CD minus one dengan lagu pilihan sendiri dan gambar berukuran poskad! Semoga berjaya!

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Sekitar Uji Bakat Terbuka Mentor 7 Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Haunting of Hill House on Netflix

Cara Untuk Menang dalam Digital Star ERA