in ,

Mawi Gembira Bersama Kereta Naza Sorento Barunya

Usai sudah Anugerah Bintang Popular 2006 kira-kira jam 12.45 malam, saya terus bergegas keluar dari dewan. Hangat dengan bahang kepanasan dari api yang marak bahana persembahan Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu Destinasi Cinta. Tetapi macam kurang gempak untuk penutup.

Dewan pada malam itu memang 100% penuh sampai ada yang sanggup berdiri. Tak sakit kaki ke korang nih ha? Dua jam lebih tu berdiri… Kalau kalian yang pernah datang ke Arena of Stars masa ABP pada tahun lalu, sudah sedia maklum bahawa Mawi akan berada di luar dewan untuk majlis penyerahan kereta baru. Ini secara tak rasmi. Kiranya kereta Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Naza Kia Sdn Bhd berharga RM143,000 itu dah sah milik mutlak Mawi. Sesiapa tak boleh pertikaikan. Siapa nak bantah sebab ini keputusan pengundi Berita Harian.

Keputusan ABP memang dapat dijangka. Budak sekolah pun pandai nak teka siapa yang menang. Adakah Mawi akan menang lagi pada tahun hadapan? Jawapan saya, YA… Mawi akan menang kalau Akademi Fantasia musim ke lima ini tidak berjaya melahirkan aura dan ombak sekuat tsuMawi.

Mawi

Penghibur yang berbakat, bijak dan cantik sahaja tidak cukup. Aura kena kuat. Kredibiliti kena mantap. Semuanya atas kehendak orang kita. Diorang suka penghibur yang bagaimana… jenis apa, corak apa, perisa apa… semuanya ditentukan oleh orang kita.

Jadi, jom kita ucap tahniah kepada Mawi. Semoga rezeki Mawi melimpah ruah dan lebih banyak lagi pada tahun 2007. Kiranya ini adalah titik permulaan untuk anak Felda Taib Andak, Kulai ini untuk terus mencipta sejarah untuk kalendar 2007. Apalagi selepas ini?

Mawi: Besarnya kereta Naza Sorento ni. Nampak dari luar kecik je. Berapa orang boleh muat ni ek?

Peminat: Mawi aku undi ko beratus kali nih. Sampai pokai duit aku beli Berita Harian. Aku rasa, pasal aku undi yang jadi ko menang nih… Mawi… bawak ah.. aku jalan-jalan pusing KL ngan kete baru ko ni… Kira oraitla…

 Apa yang saya tengok, lebih kurang 5-6 orang sekuriti jaga Mawi pada masa tu. Mawi pulak nampak macam rimas dengan peminat-peminat yang berasak-asak ingin bersalaman. Senyum manjang Mawi dengar semua orang ucap tahniah kat dia.

 Tidak sampai 10 minit Mawi bergambar dengan kereta barunya itu, sekuriti dah kena ‘usung’ Mawi masuk kereta. Risau takut orang semakin ramai bersesak-sesak nak bersalaman.

 Apa sahaja yang Mawi cakap masa berucap, pasti ada yang tak puas hati. Seperti ucapan-ucapan penuh dengan nada kebanggaan dari Mawi semalam. Apa pendapat anda? Adakah ucapan Mawi itu dianggap keterlaluan atau memang sudah disusun sebegitu oleh Mawi?

Untuk ulasan ABP 2006 dan beberapa gambar eksklusif pasal baju Mawi masa ABP, sila ke blog Fiebie… Katanya, Hazwani Osman (anak ayam Fiebie) yang telah mereka suit yang dipakai Mawi. Memang glamour dan nampak klasik!

Budiey kira, tanpa media menjulang nama mereka dan tanpa peminat yang tidak henti-henti menyokong karier mereka, tidak mungkin artis-artis popular ini mengulangi kejayaan mereka buat kesekian kalinya.

Walaupun disebut-sebut akan memenangi Artis Baru Paling Popular, pendatang baru Ina Naim yang lahir dari kontroversi putus tunangnya dengan Mawi dan kemudian lahir dengan album solo, Duhai Malam, kalah di tangan Farahwahida.

Peminat di luar sana bijak menentukan siapa yang popular dan tidak popular. Mungkin mereka cuma minat mengikuti cerita Ina Naim disebabkan tempias Mawi, itu saja.

ABP 2006 menyambut hari lahirnya yang ke-20 baru-baru ini dan untuk tahun ini, sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan tahun ini.

Mawi sekali lagi mengungguli Anugerah ini dan sekaligus membawa pulang sebuah kereta Naza Sorento 2.5 (A) bernilai RM143,000 tajaan Naza Kia Sdn Bhd, barangan kemas tajaan Habib Jewels berharga RM200,000 dan beberapa hadiah lain.

Kemeriahan siaran langsung ABP 2006 sememangnya amat dirasai oleh kesemua mereka yang memenuhi arena di Genting Highlands.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karpet Merah di Anugerah Bintang Popular 2006

Sekitar Tayangan Media Filem PUAKA TEBING BIRU