in

Sekitar Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011

Majlis Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011 telah pun berlangsung di Hard Rock Café, Kuala Lumpur semalam (8 Jun, 2011 pada jam 3.00 petang).

Tahun 2011 ini, industri hiburan kita sekali lagi akan diwarnai dengan acara yang berprestij, Anugerah Planet Muzik (APM). Bakal berlangsung pada Jumaat, 15 Julai 2011 bertempat di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam. Adakah anda teruja atau adakah sudah lupa tentang kewujudan anugerah ini lantaran terhenti pada tahun lepas?

Tonton Video Sekitar Sidang Media APM 2011 semalam:

PART 1

PART 2

Walaupun sudah setahun Budiey tidak menyaksikan anugerah ini, namun kenangan sewaktu menghadiri APM di tahun-tahun sudah masih berada di ingatan. Namun, semasa sidang media berlangsung semalam, nampaknya banyak sekali isu-isu dan kontroversi yang dibangkitkan media.

Terhenti seketika tidak bermakna anugerah serantau ini hilang lenyap begitu sahaja. Sedar tak sedar, tahun ini APM menjangkau usianya yang ke 10. APM selama 9 tahun penganjurannya, telah berjaya menghimpun ratusan pemuzik, karyawan, artis dan peminat muzik serantau dari pelusuk Singapura, Malaysia dan juga Indonesia. Misi APM menyatu padukan muzik dan juga rumpun bangsa di rantau ini tidak dapat dinafikan keberkesanannya. Pelbagai impak positif telah berjaya diketengahkan oleh pihak APM.

Idea yang dilontarkan oleh saudara Amin Hussein sebelas tahun yang lalu mendapat sokongan baik daripada pihak Mediacorp. Di tahun pertama APM dianjurkan, ianya menerima maklum balas yang tidak begitu memberangsangkan. Tapi kini APM mampu mendabik dada kerana program ini telahpun ditonton oleh jutaan peminat daripada sekitar Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.

Sekiranya dilihat daripada sejarah Singapura, seawal tahun 1960-an, negara ini telahpun mempunyai budaya muziknya yang begitu kuat dan jitu. Pilihan MediaCorp memartabatkan APM sebagai satu program yang berprestij dan ulung sememangnya sangat tepat. Kini APM telah menjadi satu ‘branding’ yang teguh bagi peminat muzik di rantau ini.

Penganjuran APM yang terakhir pada tahun 2009, berlabuh di Jakarta Indonesia. Impak yang diterima akibat tragedi pengeboman JW Marriot di Jakarta telah memaksa APM berehat buat seketika.

Tahun ini, APM bakal membawa kita mengenangkan perjalananan usianya yang kini mencecah angka 10. Semestinya, titik tolak utama pentas APM ialah melonjakkan dan memartabatkan industri muzik Melayu kita di rantau ini serta memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni melalui hasil karya ciptaan mereka. Ianya juga pentas menyatukan masyarakat seni dan perkongsian ilmu.

Tahun ini sekali lagi, APM 2011 dalam misi pencarian calon-calon ‘Top 5’, telah berkerjasama dan mendapat sokongan padu daripada Muzik Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).

Selain daripada itu, APM juga mendapat kerjasama yang begitu baik daripada pihak Astro Ria, selaku penyiar rasmi untuk sepuluh tahun berturut-turut. APM tahun ini akan bersiaran secara langsung pada Jumaat, 15 Julai 2011 selama satu setengah jam bermula jam 9:00 malam menerusi saluran 104. Tahun ini Astro Awani juga menerima lamaran APM untuk menjadi rakan media kami. Astro Awani menerusi saluran 501 akan membuat liputan khas ‘dibelakang pentas APM 2011’ dan juga temuramah bersama-sama artis-artis yang terlibat.

Budiey

Budiey at Sidang Media APM2011

Buat julung kalinya juga SuriaFM berganding bahu dan pastinya rakan media baru ini akan memperkasakan lagi promosi APM 2011. SuriaFM menerusi saluran 105.3fm akan menyajikan temubual eksklusif bersama-sama finalis dan juga artis-artis yang bakal membuat persembahan di acara APM kelak. Ini akan bermula sebulan sebelum APM berlangsung.

Bagi penganjuran yang mengjangkau ke angka 10, tahun ini pihak APM telah mendapat maklum balas yang begitu menggalakkan daripada penggiat industri muzik terutamanya pencalonan daripada negara Malaysia. Peratusan melonjak sebanyak 33% telah pun diterima daripada syarikat-syarikat rakaman antarabangsa dan juga indie. Ini merupakan satu permulaan yang cukup baik bagi APM 2011 melengkapkan misinya pada tahun ini. Ucapan terima kasih juga harus ditujukan kepada semua syarikat rakaman, antarabangsa dan juga Indie yang telah menyokong APM selama ini.

Sudah terbukti walaupun roda APM terhenti seketika, sambutan dan sokongan industri muzik serantau untuk APM masih utuh dan tidak berbelah bagi. Justeru itu, APM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan juga sokongan kepada APM sehingga ke hari ini. Jumpa anda nanti di Max Pavilion Singapore pada Jumaat, 15 Julai, 2011.

Bagi butiran lanjut untuk mendapatkan tiket- tiket menyaksikan persembahan APM 2011, sila layari sistic.com.sg. Harga-harga tiket bermula dari $38 hingga $78 setiap tiket.

Layari Facebook www.facebook.com/Anugerah.Planet bagi mendapatkan maklumat terkini APM 2011.

Dihoskan oleh

Apm

Linda Onn

Apm

Zizi

dan antara selebriti yang hadir…

Apm

Apm

Atilia

Apm

Dayang Nurfaizah

Apm

Didie Alias…mmm seksi berkemban ya. Inilah dia Ladya Gaga Malaysia.

Apm

Hafiz & Amanda Imani

Apm

Hafiz

Apm

Jaclyn Victor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan | 19

Rozita Che Wan Masuk Hospital Menghidap Hepatitis

Astro Lancar Astro MyMusic Sempena Hari Merdeka