in ,

Sekitar Showcase Ari Lasso The Best of di Planet Hollywood

SHOWCASE ARI LASSO KURANG SAMBUTAN?

Dibawakan secara eksklusif oleh Tropic Jaya Entertainment, showcase penyanyi seberang, Ari Lasso The Best Of yang diadakan di Planet hollywood telah diadakan pada 12 Julai lalu. Namun, apa yang mendukacitakan pihak penganjur tidak ramai peminat yang datang untuk menyaksikan persembahan julung kali ini.

Antara selebriti yang Budiey temui, Irma Hasmie, Zahid dan Nita.

2684576895 D6A00E3A29 | 4

Irma Hasmie

2685394814 3F36E65529 | 5

Zabhid menemani Nita, kekasihnya.

Budiey rasa, peminat yang datang tidak sampai 100 orang. Namun, persembahan bekas vokalis Dewa 19 ini begitu mantap dan penuh bertenaga. Mungkin pada masa akan datang, penganjur perlu merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan bagi mengumpulkan semua peminat Ari Lasso. Barangkali, ramai peminat tidak tahu tentang showcase ini.

Selama satu jam setengah, persembahan yang diiringi oleh band pemuzik pada sore Sabtu itu telah dihangatkan dengan rangkaian lagu-lagu yang popular dalam The Best of Ari Lasso.

2685396434 Ee97C524B7 | 6

Persembahan dimulakan dengan lagu Mengejar Matahari, Cinta Buta, Manaku Tahu dan Penjaga Hati. Kemudian, pentas digegarkan dengan lagu medley dari kumpulan Dewa 19 iaitu Kangen, Siti Nurbaya dan Elang. Menyingkap kembali zaman-zaman ketika mana Ari Lasso menjadi vokalis bagi grup paling popular di Indonesia itu. Para peminat yang datang tampak begitu senang dan happy dengan gaya segar dari Ari Lasso mendendangkan lagu nostalgik itu.

Ari Lasso kemudian menjemput Nita untuk berduet bersama dalam lagu baru iaitu Aku dan Dirimu yang dicipta oleh Pay dan Dian Nebula. Malang sekali, apabila suara Nita agak tenggelam ketika mendendangkan lagu ini. Namun, mungkin ramai yang tidak dapat menjangkakan lagu duet bersama Bunga Citra Lestari ini akan dinyanyikan dengan naib juara Malaysian Idol itu.

2684579635 2B92A0B578 | 7

Kehangatan diteruskan dengan lagu Hampa dan Arti Cinta yang menjadi kegemaran Ari Lasso. Rangkaian lagi ini begitu menyentuh rasa dan mempunyai ruh dalam setiap baris lirik.

Lagu Rahasia Perempuan, antara lagu yang pernah meletop suatu masa dulu juga dibawakan dengan iringan bersama peminat. Sebagai klimaks, Ari Lasso mendendangkan lagu Misteri Ilahi yang merupakan antara lagu yang pernah popular di Indonesia.

Semoga Ari Lasso dapat datang lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert yang lebih besar, lebih gah dan lebih gempak dengan peminat yang lebih ramai lagi selepas ini.

2684581439 105Ae0194B | 8

[tags]ari lasso, lirik, lagu, muatturun, ringtones, ellen degeneres, portia de rossi wedding pictures, ellen degeneres show, flirting, flower girls, free dating, gay ban, guide, Hollywood Weddings, in love, seduction, wedding dress, wedding guide[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3

Gambar Faiz Muzik-Muzik Bersama Kekasihnya