in

Sekitar Perlawanan Bola ERAVAGANZA ERA FM 2013

Tahniah Budiey ucapkan kepada radio No 1 Malaysia ERA FM yang telah pun mencatatkan sejarah mereka tersendiri apabila ribuan penonton membanjiri Stadium Hang Jebat, Ayer Keroh Melaka pada hari Sabtu lalu bersamaan 31 Ogos. Acara ini menyaksikan pertandingan bola sepak persahabatan di antara ERA FC berentap ARENA ALL STARS dan Konsert ERAVAGANZA di sebelah malam. Kira – kira 30, 000 orang penonton yang hadir secara kesekuruhannya telah meniup sokongan padu mereka buat radio ERA fm. Sambutan hangat yang di berikan oleh orang ramai membuatkan suasana di sekitar Stadium Hang Jebat, Melaka menjadi bingit dengan sorakan yang di laungkan untuk selebriti – selebriti sukan dan hiburan yang mereka minati.

ERA FC VS ARENA ALL STARS FC

Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ARENA ALL STARS FC telah ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, peminat sangat berpuas hati kerana secara langsung dapat menyaksikan gelagat penyampai – penyampai radio ERA seperti Ray ,Zahid, Adi Fashla , Aril serta para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Soo Wincci , W.A.R.I.S juga wakil Harimau yang mewakili pasukan ERA FC serta ramai lagi yang telah menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA Sabtu lalu.

Perlawanan Era FM

Perlawanan tumpuan ini telah menyaksikan atlet- atlet ARENA, nama-nama besar bekas pemain kebangsaan dan pelawak terkenal negara yang mewakili pasukan ARENA ALL STARS seperti Rizal Hashim, Zainal Abidin Rawop, Shahril Arsat , Azlisham Ibrahim , Nazzan Hidzan, Ahmad Shahrul, Jep Sepah dan Santok Singh sebagai Pengurus Pasukan tersebut.

Perlawanan Era FM

Sangat membanggakan, apabila pasukan ERA FC yang terdiri daripada barisan penyampai ERA fm, para artis dan wakil Harimau Muda telah menewaskan pasukan ARENA ALL STARS dengan keputusan 3 – 2 pada perlawanan yang berlangsung di sebelah petang itu. Penyampaian hadiah kemenangan buat kedua – dua pasukan telah pun di sempurnakan oleh YB Datuk Wira Latiff Bin Datuk Hj Tamby Chik, Exco Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna and Koperasi, negeri Melaka sambil di iringi oleh Ramesh, selaku Naib Presiden Bahagian Kandungan, Astro Radio.

Menurut Pengurus Saluran ERA fm Nazri Noran pula ,

“Kami berbangga dengan pencapaian yang telah kami kecapai selama 15 tahun. Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini memanglah di anjurkan khas buat pendengar setia kami yang menjadi tunjang kejayaan kami sebagai radio No 1 Malaysia. Dengan adanya acara seperti sukan dan hiburan, kami percaya bahawa peminat radio kini lebih cenderung ke arah yang lebih matang dalam memilih apa yang terbaik buat mereka. Tidak ada beza jika penyampai radio, penyanyi mahu pun atlet sukan jika kesemua rentak sukan dan hiburan di satukan menjadi lebih meriah. Pada masa yang sama, semangat sukan dapat dipupuk dengan lebih santai. Di harapkan, acara sebegini dapat di kekalkan pada hari – hari akan datang.”

Tambah Nazri, “Penglibatan warga Melaka, Johor atau dari mana sahaja pendengar setia yang memberikan sokongan, amatlah kami hagai. Hiburan dan sukan yang kami bawakan secara langsung ini memang khas buat mereka. Sekali lagi jutaan terima kasih tidak terhinggan kepada yang masih menyokong ERA fm. Apa yang pasti, ERA fm sentiasa berikan yang terbaik buat anda semua.”

ERA fm menggemparkan muzik – muzik terbaik secara langsung dan percuma buat para penonton yang hadir pada malam Sabtu lalu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA.

Sebagai pembuka pentas ERAVAGANZA, Soo Wincci menyanyikan sebuah lagu popularnya dan di ikuti oleh penyanyi dari seberang, Shae, yang popular dengan lagu Sayang. Telatah lucu Shae bersama penyampai ERA fm Johan di atas pentas membuatkan orang ramai tidak kering gusi. Selain itu, Forteen, W.A.R.I.S dan Najwa Latif turut memeriahkan pentas Konsert ERAVAGANZA! Penyanyi Black, turut menghiburkan penonton dengan lagu terbarunya Takkan Terpisah serta dua lagu popularnya Sofea Jane dan Teman Pengganti.

Persembahan Artis Memukau

Forteen yang telah menyanyikan dua buah lagu popluar mereka Bedua Bersatu dan Sepeti Dulu dan membuatkan semua penonton terpegun melihat persembahan mereka. Di ajak menyanyi bersama, warga Melaka yang sangat ramah turut menyanyi bersama –sama penyayi muda W.A.R.I.S yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted , Botingkek dan terbaru nyanyiannya bersama penyampai ERA fm berjudul Kito Monang (Satu ERA) . Permulaaan W.A.R.I.S dan DJ Fuzz di atas pentas, dengan menyanyikan lagu Kito Monang (Satu ERA ) bersama – sama penyampai ERA fm itu, secara tidak langsung radio ERA fm merasmikan Muzik Video lagu mereka berjudul Kito Monang Satu ERA.

Barisan artis lain yang turut tampil bagi memeriahkan konsert pada malam Fiest Muzik & Bola ERAVAGANZA telah memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara – acara yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri. Menggamitkan lagi suasana pentas ERAVAGANZA , apabila penyanyi yang di datang khas dari Indonesia, Firman beraksi di atas pentas dengan menyanyikan lagu popularnya Jangan Pikirin Abang. Paling teruja, apabila penyanyi Indonesia ini memikat hati penonton dengan persembahannya yang menyampaikan lagu Rindu Serindu Rindunya yang pernah di popularkan oleh kumpulan Spoon dan juga I Dont Wanna Talk About You nyanyian asal Rod Stewart.

Persembahan terakhir sebagai penutup acara pada malam itu, Faizal Tahir memberikan persembahan yang penuh bertenaga kepada penonton yang hadir pada malam tersebut. Sebanyak 4 buah lagu yang di sampaikan oleh Faizal Tahir sebagai tanda penghargaannya kepada peminatnya dia Melaka, antara lagu yang telah dinyanyikan adalah lagu terbarunya berjudul Vortex. Kemeriahan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang berlangsung pada 31 Ogos di anggap sebuah sejarah yang telah dilakarkan dengan jayanya di Bandar Bersejarah . Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos, ERA fm juga melaungkan semangat kemerdekaan negara bersama peminat dengan adanya kemeriahan pancutan bunga api selesai sahaja persembahan – persembahan oleh para artis popular pada malam konsert yang bermula berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Keluarga ERA fm dan pihak Astro Radio mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media, Philea Resort & Spa selaku penaja penginapan acara tersebut, para artis juga selebriti sukan, dan paling penting para penonton dan penyokong ERA fm yang sentiasa meluangkan masa dan bersama – sama memeriahkan acara yang berlangsung pada 31 Ogos, Sabtu lalu!

Acara ini juga disokong penuh oleh portal www.murai.com.my selaku Portal Hiburan Rasmi dan Astro Gempak www.astrogempak.com.my sebagai Portal Infotainmen Astro untuk acara Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:
103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, danSaluran Astro (856).

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Perlawanan Era FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rating ntv7 Meningkat Gara-Gara Produksi Tempatan

Peraduan MASYUK Hot FM Serius Masyuk