in ,

Peraduan MASYUK Hot FM Serius Masyuk

Wow Masyuk Hot FM memang Budiey nantikan! Serius Masyuk punya! Raya oh raya! Kemeriahan syawal yang masih terasa hangatnya tidak mampu menghalang stesen radio Hot FM untuk berkongsi hadiah berupa wang tunai sehingga RM80,000 kepada pendengar setia mereka.

Dengarkan Hot FM di frekuensi anda untuk memastikan anda berpeluang membawa pulang sebahagian daripada RM80,000 bermula 2 September 2013 hingga 27 September 2013, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam.

Tunggu isyarat memanggil Masyuk Hot FM yang bakal diberikan oleh penyampai radio Hot FM dan jadilah pemanggil yang ke tujuh untuk menembusi talian hangat Hot FM. Jawab soalan atau cabaran yang bakal diajukan oleh penyampai Hot FM di mana soalan atau cabaran tersebut berkaitan klu yang diberikan pada awalnya.

Bagaimana Nak Sertai Peraduan MASYUK Hot FM Serius Masyuk

Selaras dengan integrasi platform sosial media yang semakin menjadi trend masa kini, Hot FM menjadi laman Instagram, Facebook, Twitter serta aplikasi LINE dijadikan sebagai landasan untuk memberikan klu yang perlu ditunggu pendengar. Dengarkan Hot FM untuk mengetahui melalui platform manakah klu akan diberikan bagi setiap peluang menang wang. Sekiranya tiada pemenang untuk sesi tersebut, wang tunai akan dibawa ke hadapan!!

Jadi, ikutilah laman sosial media Hot FM iaitu Facebook di Facebook/hotfm976, Twitter di hotfm976, Instagram di hotfm976 dan aplikasi LINE di Hot FM.

Tips:
Penyampai akan memaklumkan medium sosial media yang akan digunakan untuk setiap soalan atau apakah cabaran yang akan dilakukan dari masa ke semasa.

Wang Tunai RM40,000 menanti anda!

Menjadikan lebih menarik, rebutlah juga peluang untuk menang Hot Selebriti dalam segmen Hot FM AM KREW juga bermula 2 September 2013 hingga 27 September 2013 jam 6pagi hingga 10pagi. Wang tunai sehingga RRM40,000 menanti anda!

Layari laman web Hot FM sekarang!

HOT FM

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Perlawanan Bola ERAVAGANZA ERA FM 2013

Gambar Selebriti di Sesi Ramah Raya Majalah LISA