in

Selamat Ulangtahun Ke-2 SURIA FM

Budiey ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-2 buat Radio Suria FM…

Tanggal 24 November ini (Selasa), akan menjadi hari bersejarah buat Suria FM kerana bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-2. Stesen radio yang popular dengan tagline “Muzik Terbaik Tanpa Henti” yang baru saja diterajui oleh En. Yusry Abu Samah (selaku Pemangku COO) bagi menggantikan Engku Emran, telahpun merancang untuk mengadakan beberapa acara menarik sebagai simbolik sempena meraikan hari istimewa  itu nanti.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Suria FM, Dj Lin, “Pada hari berkenaan kami merancang untuk mengadakan ‘Open House Studio’ bermula 8.00 pagi – 8 malam yang mana selebriti popular tanahair termasuk penyanyi dan pelakon dijemput untuk datang ke studio untuk ditemubual oleh Penyampai Suria FM yang bertugas selain mereka juga akan turut menjadi DJ jemputan untuk mengendalikan sama segmen yang sedang ke udara.

Antara selebriti yang telahpun mengesahkan kehadiran adalah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Stacy, Diana Daniel, Aizat, Ifa raziah, Noh (Hujan), Azlan & The Typewriter, Kumpulan Sofaz, Sixth Sense, dan ramai lagi.”

Bagi merancakkan lagi sambutan ulang tahun kedua Suria FM, satu persembahan khas bakal diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para pendengar setia. Bertempat di Lobby Bangunan Am Assurance, No 1 Jln Lumut, Kl bermula jam 12 tengahari – 2.30 petang yang akan menampilkan persembahan dari artis-artis popular selain pemberian ‘cup cake’ istimewa  yang di tempah khas oleh Suria FM untuk diagihkan kepada orang ramai yang datang untuk menyaksikan persembahan itu nanti.

Selain itu, Pihak Suria FM juga turut menempah kek khas untuk dihadiahkan kepada para pengiklan dan pihak Media yang selama ini banyak membantu memberikan publisiti kepada Suria FM.

Barisan penyampai Suria FM seperti Tuah, Zizi, Myra, Bob Ringgo, Naim, Zaff, Akhtar dan Lin akan turut bersama memeriahkan acara itu nanti disamping kehadiran barisan selebriti popular.

Untuk keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kasih Zahra Lakonan Lisdawati, Zamarul Hisham

Sekitar Pembikinan Muzik Video PENDETA Naizle