in ,

Sekitar Pelancaran Video Klip Terbaru Atilia RANJAU

Tepat jam 4 di petang 31 Julai 2008 semalam, video klip untuk lagu Atilia berjudul Ranjau telah dilancarkan di Bangkok Jazz Thai Bistro, Chulan Square anjuran Mujik Productions.

2721927476 6C01B70D9A | 4

Selain ucapan dari penaja utama Celcom dan Lancome, Atilia juga sempat mempersembahkan lagunya berjudul Sangkar secara live dengan iringan pemuzik Tiew Tok Khon (Piano) dan gitaris David P Juis.

Video klip sangat penting untuk tujuan promosi sesebuah album. Melalui video klip peminat dapat menghayati lagu dengan lebih mendalam dan memahami mesej yang ingin disampaikan. Oleh kerana itulah, Atilia berusaha melakukan sehabis baik dari segi pembikinan video klip terbarunya berjudul Ranjau.

Untuk mempromosikan lagu atau sesebuah album, bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai cara digunakan dan ini menggunakan formula berbeza mengikut selera artis itu sendiri. Mungkin cara penyanyi lain agak berlainan, namun bagi Atilia, kalau boleh video klipnya dicop antara video yang ‘cantik’ dan ‘gempak’ dari segi mutu dan sinematografi.

Untuk menjadi penyanyi yang lebih dikenali, Atilia tidak mahu digelar artis yang sangat ekslusif atau terhad kepada irama jazz semata-mata. Malah, Atilia semahunya ingin muzik yang dibawa itu diterima oleh peminat. Harapan Atilia semoga album kedua berkonsepkan jazz yang sedang diusahakan sekarang akan diterima peminat.

2721100623 398D08Ce3A | 5

Atilia sebelum ini telah menghasilkan video klip pertama berjudul Sangkar dan kali ini Atilia begitu bertuah kerana mendapat tajaan sepenuhnya daripada PRS Films dan VHQ Post. Selain Celcom (M)Berhad, Atilia juga mendapat sokongan dan tajaan daripada Pixel Post, Lancome, Ariff Johan, Carrots Film, Ecaz Studio, halimisaidi.com, digitalmalaya.com, fidfathir.com, Eclipse dan ramai lagi.

Yang menariknya, video klip Sangkar ini dirakam dalam air.  Namun, ianya berbeza sekali dengan apa yang dibuat oleh Faizal Tahir. Rakaman dibuat pada awal pagi, pastinya kesejukan menjadi masalah utama. Diarahkan oleh Sean Chan, pengambaran video klip mengambil masa selama 2 hari sahaja. Hasil usaha keras, video klip Sangkar telah dianugerahkan Video Muzik Terbaik AIM 2008.

Budiey telah pun menonton video klip terbaru yang berjudul Ranjau ini dan ianya boleh ditonton di youtube juga.

2721928650 9C96B7Fc2B | 6

Bersama Amir Luqman, pereka fesyen

2721927980 9111744A2B | 7

Arahan Henry Ooi, video klip kedua Atilia berjudul Ranjau ini menceritakan tentang kehidupan itu sendiri. Penuh onak duri, tragedi, dan liku. Tentang kesedihan, kekecewaan dan kesengsaraan yang tidak selamanya kekal dan akhirnya akan ada bahagia di penghujung usia. Diterbitkan oleh Carrot Films, video ini nampak cantik dengan senario dan panorama yang begitu menawan. Budiey suka dengan gerakan kamera, warna hitam putih yang melatari serta pengisian drama air mata yang menyentuh hati. Walaupun lagunya tidaklah terlalu perlahan dan mendayu sayu, namun gambaran yang diberikan dalam video klip sudah cukup menggambarkan betapa hidup ini tidak semuanya indah. Ada kalanya kita akan menempuh saat-saat getir dan kedukaan. Saya suka juga dengan model Azura yang tampak cantik walaupun terpaksa menangis dalam video ini.

2721101069 334Aff3A7D | 8 

[tags]atilia, video klip, new album, new video atilia, sangkar lirik, blog lirik, learning yoga with tara stiles, shooting, superman, swimming singapore, auto, baru,  online malaysia, sweet girl, utusan malaysia, utusan melayu, vie zaara, broadband comparison singapore malaysia, broadband master plan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia

Amy Search 2021 | 27

Gambar Amy Search Sambut Hari Jadi Yang Ke 50 Bersama Keluarga & Rakan Artis