in ,

Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video, Naim Daniel Dapat Penghargaan DBP

Siapa saja yang tidak mengenali dengan selebriti muda ini dimana bakatnya bukan saja dikenali ramai dalam bidang lakonan. Namun Naim Daniel juga merupakan penyanyi yang semakin mendapat perhatian ramai.

Memang berbaloi betul pilihan Naim Daniel untuk berehat daripada lakonan dan terjun ke bidang nyanyian. Satu persatu anugerah mulai diraih oleh Naim. Memiliki dua bakat besar ini membuatkan Naim Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin bukan calang-calang selebriti dalam dunia hiburan tanah air. Bahkan, dalam anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu yang ke-34 juga Naim Daniel yang pertama kali dicalonkan dalam anugerah berkenaan namun telah merangkul gelaran juara.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui peminat bahawa Naim Daniel sudahpun mengeluarkan lagu baru berjudul Sembah dan ternyata selepas lagu Sumpah, lagu terbarunya itu juga menarik perhatian ramai.

Naim Daniel bersyukur video muzik lagu barunya berjudul Sembah yang menggunakan tulisan Jawi mendapat pengiktirafan daripada institut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Naim berkata ia satu lagi pencapaian membanggakan buat dirinya secara peribadi sebagai artis dan juga pengurusannya.

Naim Daniel atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Bin Baharin menganggap ia sebagai satu penghargaan yang besar kepada dirinya dan juga syarikat rakamannya iaitu World Peace Entertainment (WP Entertainment). Naim meluahkan rasa syukur melalui hantaran di Instagram miliknya.

Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video, Naim Daniel Dapat Penghargaan Dbp

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka sebenarnya dapat penghargaan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat itu, pihak pengurusan yang dapat dan kemudian dihantar kepada saya.

“Saya rasa penghargaan itu menarik apabila hasil kerja saya mendapat pengiktirafan. Selalu nampak, nama DBP ini dalam buku teks saja sejak kecil dulu dan sekarang mereka memberi pengiktirafan.

“Semestinya ia satu pencapaian manis yang baru buat saya dan pengurusan, World Peace Entertainment. InshaaAllah, kami akan hasilkan banyak lagi karya yang mampu mendidik semua orang sambil memartabatkan industri seni di Malaysia,”

– Naim Daniel

Pengisian surat itu, DBP menghargai dan memuji usaha Naim dan WP Entertainment dalam memperkasakan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. DBP juga berharap lebih banyak lagi usaha untuk mempertabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat selepas ini.

Berkongsi lanjut mengenai lirik jawi dalam video berkenaan, Naim berharap ia akan memberi manfaat kepada industri seni jawi tempatan memandangkan ramai mula melupakan seni tulisan itu.

Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video, Naim Daniel Dapat Penghargaan Dbp

“Saya dan pengurusan mengambil keputusan untuk buat lirik video Sembah menggunakan bahasa Jawi tanpa sebarang tujuan khusus pun pada mulanya. Cuma, kami mahu buat kelainan semata-mata.

“Apapun, kami berharap sedikit sebanyak dengan tulisan Jawi dalam lirik video itu boleh dipelajari semula oleh rakyat Malaysia. Apatah lagi, seni jawi semakin dilupakan. Maka, kami cuba untuk mempertahankan satu daripada seni terbaik dimiliki negara ini.

“Sambil menikmati muzik video berkenaan, orang ramai juga boleh mengasah balik pengetahuan mengenai bahasa jawi.”

– Naim Daniel

Terdahulu, Naim berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi Instagram.

Dalam surat terbabit, DBP memuji dan menghargai usaha murni penyanyi terbabit memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, para peminatnya juga turut mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan apabila telah memartabatkan tulisan jawi.

Perkara berkenaan mendapat pelbagai komen positif yang turut mengucapkan tahniah buatnya malah posting Naim Daniel itu juga meraih ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap.

Beberapa selebriti tanah air seperti Daiyan Trisha, Noh Salleh, Wany Hasrita dan Zahiril Adzim turut mengucapkan tahniah kepada Naim di ruangan komen.

Semenjak dimuat naik di laman YouTube kira-kira dua minggu lalu, klip video Sembah sudah mencatat sebanyak 1.68 juta tontonan.

Pendekatan Naim yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) dan WP Entertainment menggunakan tulisan jawi di dalam klip video lagu Sembah merupakan satu tindakan yang harus dipuji. Ia secara tidak langsung memberi penghargaan kepada tulisan Jawi dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mempertabatkan lagi tulisan Jawi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam 2020 Blog | 16

Beli Samsung Galaxy S20 Dapat TV Samsung 4K 50 Inci

Ifa Raziah | 17

Sekitar Pelancaran Single Miss Diva Ifa Raziah