in ,

Sekitar Pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi dan Ihram Personal Care Khalisah

Bermula sebagai ejen pakej umrah, Tuan Haji Mohd Khairuddin Salim dan isteri beliau, Hajjah Mossiah Mahadi berani menyusun langkah dengan mengumpulkan team yang terlatih dan bersemangat untuk pergi lebih jauh dalam perkhidmatan umrah, haji dan jelajah muslim.

Cerita bermula apabila mereka berdua pulang dari menunaikan umrah dengan mengikuti agensi lain. Di sebalik perjalanan itu, terdapat beberapa cerita dan pengalaman yang kurang menyeronokan menjadikan kedua-dua pengasas ini berinspire untuk membuka travel agensi dan menyediakan umrah yang lebih tersusun yang dikenali sebagai Kembara Umrah JDT (KUJDT)

Sekitar Pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi dan Ihram Personal Care Khalisah

Menurut Mohd Khairuddin, perbezaan KUJDT dengan travel agensi lain talah KUJDT menyediakan jaminan kumpulan kecil berbanding agensi di luar sana. Selain daripada itu juga, jaminan hotel yang dijanjikan dan tiada unsur tukar-tukar hotel bila tiba di sana nanti. Tambahan lagi, bimbingan umrah sebanyak tiga kali bersama Mutawif atau di KUJDT kita menyebutnya Musyrif.

Sekitar Pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi dan Ihram Personal Care Khalisah

Dalam pada itu, KUJDT turut melancarkan pakej jelajah 5 Kota Saudi.

“Keistimewaan melancong di 5 kota Saudi adalah sambil melancong, kita dapat melaksanakan umrah. Selain itu, pengembaraan ini hanya mengambil masa sembilan hari tujuh malam sahaja,”

– Mohd Khairuddin
Sekitar Pelancaran Jelajah 5 Kota Saudi dan Ihram Personal Care Khalisah

Beliau berkata semasa majlis pelancaran yang bertempat di Menara Shaftsbury Putrajaya.

Tidak ketinggalan KUJDT turut melancarkan penjagaan peribadi ihram untuk membantu jemaah haji dan umrah. Ini supaya dapat menjaga ibadat mereka lebih sempurna semasa dalam Ihram. Produk ini tidak mengandungi sebarang bau dan tiada alkohol. la hanya mengandungi bahan-bahan berasaskan sunnah seperti, susu, kambing, Madu, & Habatussauda dan mesra wudhu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amber Umum Kerjasama Bersama Anna Jobling, Perkenal Koleksi Atma Sari

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN Warisangold, Pelan Inovatif Keluarga