in , ,

Sekitar Media Night & Majlis Berbuka Puasa Armani Entertainment Group

Label Pengurusan Artis Terbaharu Malaysia Perkenal Barisan Artisnya Bersama Pengamal Media Dalam Sebuah Majlis Gilang-gemilang

Label pengurusan artis terbaharu paling sensasi di Malaysia, Armani Entertainment Group (AEG) dengan rendah dirinya, berbesar hati untuk mengadakan ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’ bersama-sama pengamal media tempatan selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan secara rasmi barisan artis di bawah naungan AEG serta mengeratkan lagi hubungan kemesraan di antara label (AEG) bersama rakan-rakan media,”

Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif AEG.
Armani Entertainment

Armani Entertainment Group adalah sebuah label pengurusan artis dan label muzik yang bertanggungjawab menjadi wakil dan penasihat profesional bagi pemuzik dan pelakon.

Selain itu, AEG juga bertindak sebagai Platform Selebriti Profesional yang memberi jaminan, pulangan modal konsisten dengan menyediakan platform ke dunia hiburan bagi individu berbakat dan berperwatakan menarik. 

Armani Entertainment

Sebagai tambahan, AEG juga bertindak sebagai syarikat produksi yang terlibat dalam penghasilan video berkonten untuk TV, media sosial, promosi korporat, iklan dan lain-lain media.

Armani Entertainment

“Misi AEG adalah untuk melahirkan bakat-bakat baharu yang dengan keperibadian baik dan boleh dijadikan sebagai role-model kepada masyarakat umum di Malaysia dengan motto label ‘impian anda kami jadikan kenyataan’.

Armani Entertainment

“Artis-artis di bawah naungan kami terdiri daripada penyanyi serta pelakon baharu yang berbakat besar. Kami juga berbangga menjadi wakil beberapa artis bertaraf A-list tanah air seperti rapper terkenal, MK (K-Clique), pengarah tersohor, Michael Ang, pelakon TV popular, Farah Nabilah, dan hos TV, Elly Ariffin,”

Pn. Zeileen Yusnita Abd Jalil, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi AEG.
Armani Entertainment

Sepanjang berlangsungnya majlis, hadirin akan dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada artis-artis AEG seperti Hasif Upin yang merupakan pelantun lagu ‘Janji Sampai Mati’, pendatang baharu, Yunadia yang muncul dengan single ‘Cha Cha Cinta’, Syauqi Danial membawakan lagu ‘Kekasih Simpananmu’, Emeer Bakri dengan lagu ‘Fantasia’ dan girl group M-pop, COEX, menyanyikan lagu cover Raya ‘Cahaya Aidilfitri’. 

Armani Entertainment

Menariknya, majlis itu juga dihangatkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa telefon pintar, iPad dan juga TV. 

Armani Entertainment

Ujar Dato’ KK Chua lagi: “Perancangan masa hadapan AEG adalah menjadi sebuah syarikat public listed dan peneraju label hiburan tanah air dan Asia Tenggara dalam melahirkan lebih ramai lagi artis-artis berbakat besar di bawah naungannnya.

Armani Entertainment

Single NOSTALGIA RAYA Dilancarkan

Bersempena malam ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’, AEG turut melancarkan sebuah single Raya istimewa berjudul ‘Nostalgia Raya’, paduan mantap di antara Hasif Upin dan Yunadia, hasil ciptaan komposer terkenal, Iqie Hugh. Lagu berentak pop rancak ini menceritakan tentang kenangan Hari Raya yang penuh nostalgia buat kita semua.

“Lagu ini kami rakamkan sebelum bulan puasa lagi dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan. Ini merupakan pengalaman pertama saya merakamkan lagu Raya dan seronok dapat menyanyikan lagu Raya sendiri!” kata Yunadia.

Armani Entertainment

Menurut Hasif: “Setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini kita dapat betul-betul beraya kerana dunia telah memasuki fasa pandek. Namun, setelah kehilangan ibu tercinta pada tahun lepas, saya hanya beraya sebatang kara. Kehidupan tetap diteruskan dan saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Saya juga ada berita gembira selepas Raya nanti di mana saya akan muncul dengan sebuah single bersama seorang penyanyi legend tanah air, kalau hendak tahu siapa? Kenalah tunggu…

Lagu ‘Nostalgia Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian – Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single Raya ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.

Armani Entertainment
Armani Entertainment

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elyana | 19

WebTVAsia Realisasikan Impian Elyana Mahu Aktif di Youtube

Ade Govinda Anneth | 20

Ade Govinda Bergandingan Bersama Anneth Dalam MASIH BELUM LUPA