in , ,

Corat Coret Sekitar Malam Gala Filem SUMOLAH di GSC Mid Valley

Meriah dan happening. Dua perkataan yang saya rasa agak klise diberikan untuk sebarang malam gala. Tetapi untuk Malam Gala SUMOLAH, saya ingin tambah dua lagi perkataan, iaitu EKSKLUSIF & UNLIMITED EDITION.

Dua perkataan ini sudah cukup bagi saya menggambarkan betapa filem ini akan memberikan anda kuasa untuk menentukan siapa diri anda. Dua perkataan ini memperlihatkan pada saya bahawa untuk memberikan sesuatu, usah memberinya secara berlebihan. Berilah sikit demi sikit. Orang kata, jangan hidangkan semua hidangan di dapur, kelak nanti tetamu yang akan datang nanti, kita nak jamu apa, kalau makanan di dapur tu habis… tetamu lain nak makan apa?

Itu dalam konteks makanan di dapur. Kalau kita berikan ilmu pada orang pula… lain pula konsepnya. Kalau boleh, curahkan semua ilmu anda itu. Jangan hadkan. Kasi kaw-kaw punya. Tetapi kena ingat juga. Ilmu yang kita berikan itu kena ada tahapnya juga. Sesuai ke tidak dengan orang tu. Kalau orang itu jenis yang kurang matang, bagi ilmu yang setara dengan ketidak matangannya. Kalau orang tu dah cerdik, dah pandai, buat apa kita beri ilmu yang dia sudah tahu…?

Aik! Panjang lebar pula syarahan Budiey kali ini. Bukan apa. Cuma ingin berfalsafah. Menonton filem Sumolah buat kali kedua membuat saya berfikir tentang falsafah kehidupan yang cuba dikeluarkan oleh Afdlin. Panjang cerita ini bukan kerana falsafahnya banyak. Dalam filem Sumolah ada semua benda. Ada komedi, ada sedih, ada gembira, ada duka dan ada macam-macam rasa. Rasa masam, rasa kelat dan rasa nak pergi main Sumo! Ops!

Hairan saya apabila setiba saya di ruang legar Golden Screen Cinemas, Mid Valley… suasana malam gala (yang biasanya saya anggap biasa-biasa) bertukar menjadi padat dan sendat. Wah! Ramainya orang. Dari mana diorang datang? Rupa-rupanya, malam tadi bukan satu, bukan dua… tetapi 3 hall dibuka untuk tontonan. Ramai hadirin terdiri daripada suku sakat penaja-penaja seperti Celcom, Ogawa, Adidas dan semualah. Yang hairannya juga, tidak ramai media dijemput. Ini kerana tontonan buat media telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas.

Di luar dewan ada hamparan karpet biru. Biru bukan mewakili warna parti politik ya. Hehe, biru adalah warna tema bagi penaja utama, Celcom. Biasanya, kita tengok karpet merah dibentangkan untuk hamparan artis lalu lalang. Pendek kata, warna tema kali ini adalah biru. Peristiwa pelik berlaku apabila saya tidak dibenarkan mengambil gambar gadis berkimono biru. Mengapa? Ha! Gadis tu cakap, tidak boleh la encik! Ha? Kenapa tidak boleh pula? Jawapannya: Eksklusif dan unlimited edition! Itulah dia! Baru saya teringat konsep dia. Saya cakap, takpe… saya datang untuk mengambil gambar selebriti saje. Bukan untuk mengambil gambar kamu. Lagipun kamu terlalu cantik buat saya. Kata hati saya kepada gadis-gadis manis berkimono biru itu.

Ramai juga selebriti yang datang. Nanti saya akan letakkan foto-foto mereka di sini.

Selebriti yang mula-mula kena serbu ialah penyanyi bersuara super power, Adibah Nor. Juga kebetulan berada di situ, bekas pelajar AF5, iaitu Aizat dan Rizal… si cayakkah?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Pra Tonton SUMOLAH

Foto Pelakon Thailand Inthira Charoenpura di Malam Gala Filem SUMOLAH!