in , , ,

Sekitar Majlis Pra Tonton Media Filem I’m Not Single

Hujan renyai-renyai dan jalan yang sesak dengan kenderaan menjadikan pagi dingin tadi antara yang ditunggu oleh para media untuk menonton buat pertama kalinya filem I’m Not Single. Segala halangan tidak menghalang bagi mereka untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Metrowealth ini walaupun ada yang tiba agak lewat.

2650095740 0C953B1C48 | 3

Pembaca Budiey.com sedang mendaftar nama.

2650097538 9729A784D6 | 4

Antara pembaca yang hadir. Harap kalian semuanya terhibur dan enjoy dengan filem ini! Terima kasih sebab sudi datang ya!

Khususnya saat ini juga antara yang dinantikan oleh 20 orang pembaca Sensasi Selebriti yang berjaya mendapat jemputan turut sama memenuhi tempat duduk panggung TGV,  Pusat Membelah Belah The Mines Sri Kembangan.

2649277999 910C639C21 | 5

Seawal jam 9.30 pagi lagi, ada pembaca yang sudah sampai. Walaupun, majlis bermula agak lewat atas masalah teknikal, namun rata-rata pembaca yang Budiey temui selepas sahaja majlis prebiu berlangsung berpuas hati dengan filem ini. Cukup menghiburkan dan menyentuh perasaan. Itu kata mereka. Tidak teragak-agak ada yang memberikan 4/5 bintang untuk filem ini.

2649279877 E7De199510 | 6

Pembaca Sensasi Selebriti bergambar bersama Farid Kamil.

Apa yang Budiey boleh katakan, filem I’m Not Single lebih baik digarap oleh Pierre Andre berbanding filem pertama arahannya, 9 September. Beberapa kesilapan dan kekurangan dalam 9 September telah diperkemaskan menjadikan plot lebih kemas, penceritaan lebih baik dan mutu persembahan juga lebih mantap. Budiey nak ucapkan tahniah buat Pierre Andre atas usaha memberikan yang terbaik buat peminat.

Budiey juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pembaca yang melapangkan masa menghadiri majlis prebiu kali ini. Jangan lupa untuk menyertainya lagi pada masa akan datang sekiranya ada ruang tempat duduk untuk pembaca Budiey.com. Terima kasih Metrowealth atas kerjasama dan sumbangan ini.

Selain tetamu, pelakon utama yang turut hadir ialah Lisa Surihani, Farid Kamil, Awal Ashaari, Intan Ladyana, Ahmad Idham dan David Teo.

2649274689 81E2Cff187 | 7

Cerita Pierre Andre penuh falsafah hidup dan nostalgik.

Pengarah filem ini, Pierre Andre bercerita panjang juga ketika sesi ucapannya. Menyentuh tentang sejarah dan kenangan manis ketika mana bermulanya titik minat dalam menghasilkan filem.

Dari minat dari bangku sekolah sehinggalah berjaya menghasilkan sebuah filem pendek dan pada hari ini telah dua filem menemui peminat… nampaknya Pierre mahu mencipta sejarah dalam dunia perfileman tanahair.

2649275683 Aa6Bd12Ea2 | 8

Ucapan David Teo selaku penerbit filem ini memang tidak sah kalau tidak diselitkan jenaka spontannya. Katanya, dalam filem ini, David Teo juga turut berlakon sebagai jurujual barangan jualan langsung dan menjadi bos kepada Ahmad (Ahmad Idham). Sebenarnya, kisah ini dipetik dari kisah hidup David yang dulunya pernah menjadi bisnesman jualan langsung.

Tidak banyak babak untuk watak David… cuma 11 babak sahaja. Yang kelakarnya, setelah menonton filem ini, nampaknya David begitu bersahaja dalam setiap lakonannya dan ini kekuatan untuk mengambil perhatian penonton dengan mesej dan nilai positif dalam setiap babak.

Kalau anda mahu menjadi bisnesman berjaya, tontonlah filem ini kerana banyak tips dan petua diberikan secara motivasi melalui watak David. Memang gelak habislah!

2650107664 1F4C6C46Ac | 9

Dakmie, penyanyi lagu tema dan 4 buah lagu tema filem ini juga turut hadir untuk menyanyikan secara live dua buah lagu untuk hadirin.

Dengan menelan kos produksi dan promosi sebanyak RM1.5 juta, filem ini nampak menarik dengan latar belakang Bukit Fraser, Pahang dan sekitar Lembah Klang. Turut berlakon dalam filem ini ialah Cat Farish, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fadhilah Mansor, Hafizuddin Fadzil, Aznah Hamid dan Rusminah Sidek.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 24 Julai 2008.

2650112588 B9Decd6A27 | 10

Cinta tiga segi

2649264265 7Ae3B5E35A | 11

Intan Ladyana sebagai Lisa

2649268245 38B8883B76 | 12

Antara tetamu yang hadir, pelakon Ahmad Tarmimi Serigar bersama isteri.

2650103798 5Ec9B091B0 | 13

Pengarah fotografi, Abang Indra Che Muda.

2650100610 Baf8E70E2F | 14

Dua Pak Lawak

2650102800 D80A764513 | 15

Pierre & Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Miera Leyana Pelakon Drama Online Luna Fantasiku

Gambar Lisa Surihani @ Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single