in ,

Gambar Lisa Surihani @ Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single

Pada jam 10 pagi tadi telah berlangsung satu majlis prebiu filem I’m Not Single di TGV, The Mines Shopping Centre, Sri Kembangan. Lisa Surihani, antara pelakon utama yang datang untuk bersama para media menonton filem kedua arahan Pierre Andre.

Pada jam 10 pagi tadi telah berlangsung satu majlis prebiu filem I’m Not Single di TGV, The Mines Shopping Centre, Sri Kembangan. Lisa Surihani, antara pelakon utama yang datang untuk bersama para media menonton filem kedua arahan Pierre Andre.

Lisa memegang watak Maya, isteri kepada Adam (Farid Kamil) yang berusia 20 tahun. Maya dan Adam berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi atas kehendak keluarga. Budiey melihat karakter Maya sangat pelik di mana gadis ini suka mengigau ketika tidur malam, sangat degil dan sukar mendengar nasihat. Dalam masa yang sama, Maya sebenarnya mempunyai kekasih yang sangat dicintainya iaitu Dani (Awal Ashaari).

Lakonan Lisa Surihani lebih mantap daripada lakonannya dalam Goodbye Boys namun, masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan kerana ada babak-babak tertentu Lisa memerlukan penghayatan yang lebih dan perlu menjiwai lakonannya agar tidak nampak kaku.

Gerakan bahasa tubuh yang betul dan peranan mata dalam lakonan juga banyak membantu Lisa dalam menyampaikan mesej dan perasaan untuk babak tertentu terutama babak ‘air mata’.

Budiey suka dengan babak lucu di supermarket, adegan hujan dan lakonan masa babak 10 minit terakhir. Good job, Lisa!

Saksikan filem ini mulai 24 Julai 2008 di pawagam seluruh Malaysia.

2649963412 2Cfe66Df57 | 4

2649135003 D831447Cca | 5

2649136077 518E12C4B7 | 6

Untuk gambar artis lain, sila ke: http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pra Tonton Media Filem I’m Not Single

Gambar keluarga Rozita Che Wan