in , , ,

Sekitar Majlis Pelancaran Kisah Kaisara Musim ke-2

Ramai yang tidak percaya dan keliru apabila Budiey telah meletakkan sekeping gambar persandingan antara Norman Hakim dan Nor Aliah Lee pada Jumaat lalu. Sengaja Budiey melambat-lambatkan untuk mengisahkan cerita sebenar di sebalik gambar.

Ramai yang sudah dapat menduga, takkanlah Norman Hakim akan kahwin satu lagi. Abby Abadi nak letak kat mana? Tambahan pula Nor Aliah Lee adalah bekas isteri kepada pengarah ternama yang katanya sudah punya kekasih hati. Kalau ada pembaca yang sudah menonton Melodi di TV3, pasti sudah tahu cerita sebenarnya.

Yea, sebenarnya persandingan Norman Hakim dan bekas istari Aziz M. Osman itu sebenarnya hanyalah gimik semata-mata untuk memeriahkan lagi pelancaran Drama Kisah Kaisara 2 yang akan menemui penonton TV3 pada hari Selasa, 29 Julai 2008 ini.

Boleh dikatakan semua pelakon utama hadir. Antaranya, gadis kecil molek yang memegang Kaisara iaitu Sari Yanti Mohamad Nazari, Norman Hakim sebagai Hasnor, Wan Sharmila Wan Mohamed yang memegang watak Amy, Elliza Abdul Razak sebagai Dania, Mohd Faizul Hafiz Hashim Bin Mohd Hashim dan Farid Irwan Baharin.

Majlis meriah yang menggunakan rona biru muda dan putih itu berlangsung tepat jam 11 pagi dengan tetamu jemputan VIP, para penaja, krew belakang tabir dan para media memenuhi perkarangan Sri Pentas.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Nathan Kandapper, Pengarah Urusan, Danny Tan, Puan Rosnah Ramly selaku Pengarah Pemasaran Kimberly-Clarke Malaysia & Singapura, Dato’ Mutalib selaku Pengerusi Media Prima, Puan Nurul Aini selaku Pengarah Urusan BMG TV3, Shareeen Ooi selaku Pengurus Besar CSG, wakil dari Ace Motion iaitu Nur Aliah Lee dan Aziz M. Osman yang juga sebagai pengarah drama ini serta wakil dari Mindshare iaitu Chanchal Chakrabarti selaku CEO Malaysia dan Rahul Thappa selaku Pengarah Urusan Mindshare.

Selain hadirin menyaksikan majlis menepung tawar kedua mempelai, tetamu turut diberi tontonan sneak preview trailer Drama Kisah Kaisara musim ke-2. Kemudian, acara perasmian drama tajaan Kotex ini berlangsung dengan gimik yang begitu meriah.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Ahli Fiqir dan Elliza dengan lagu tema Kisah Kaisara iaitu AEIOU.

Untuk musim ini, dua orang pelakon baru diperkenalkan iaitu Mohd Faizul Hafiz memegang watak Harris dan Faralyana Idris yang memegang watak Hana yang berlakon sebagai adik beradik yang baru sahaja berpindah ke sekolah Kaisara.

Kisah Kaisara 2 13 episod ini bakal mengupas lebih banyak konflik remaja dan kekeluargaaan dengan penyampaian mesej yang berbentuk hiburan. Kaisara yang dipegang oleh Sari Yanti akan cuba mengatasi masalah bersama rakan sekolak dan bagaimana kali ini dia berhadapan dengan konflik baru bersama bapanya, Hasnor. Di mana Kaisara begitu tidak puas hati dengan keputusan Hasnor untuk berkahwin semula, dilemma bersama keluarga baru dan adakah kasih sayang ayahnya akan beralih arah?

Musim baru kali ini memaparkan gelak tawa, bibit percintaan, tekanan sesama rakan, perasaan cemburu, hubungan antara ibu dan anak, konflik keluarga baru, perceraian, tekanan masyarakat sekeliling serta menekankan nilai-nilai moral yang positif seperti setiakawan, sikap tolong dan hormat menghormati. Bak kata orang, rumahku syurgaku, duniaku, asas pendidikan yang baik bermula dari rumah dan ini dapat membentuk jiwa remaja yang positif dan mempunyai nilai-nilai murni.

Drama ini adalah susualan musim pertama yang mendapat sambutan hangat sehingga meletakkan antara 5 rancangan yang paling diminati pada tahun 2007 dengan 3.5 juta penonton.

Kisah Kaisara bukan sahaja ditonton oleh penonton di kaca TV malah ia turut mendapat sambutan tinggi di kalangan pengemar laman web di youtube.com di mana lebih dari 400,000 pelawat laman web Kisah Kaisara diperolehi.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada drama ini kerana berjaya merangkul Anugerah Emas bagi kategori th Best Use of Sponsorhip di malam Anugerah MSA Malaysia Media Awards 2008 (Media Specialist Association Award) yang diadakan pada 13 Jun di Hotel One World, Bandar Utama.

KOTEX UNBOUND 2007
Sebanyak 100 buah sekolah seluruh Malaysia akan dilawati Kotex untuk memberikan penerangan berbentuk pendidikan, kesihatan dan kebersihan diri sebagai sokongan dan bimbingan pada gadis remaja untuk mengharungi liku-liku kehidupan remaja.

KEM KOTEX
Terbuka kepada semua remaja seluruh Malaysia di mana 50 esei yang terbaik akan berpelunang bersama para pelakon Kisah Kaisara ke kem motivasi remaja yang akan diadakan pada bulan Disember di Club Med Cherating, Kuantan sambil berhibur dengan Ahli Fiqir.

[tags]sari yanti, Majlis Pelancaran, Kisah Kaisara, Musim, gambar kekasih nor aliah lee, bf aliah lee, abby abadi, norman hakim, Wan Sharmila Wan Mohamed, Amy, Elliza Abdul Razak, Dania, Mohd Faizul Hafiz Hashim, Mohd Hashim, Farid Irwan Baharinalkohol, arak, kotex, kem remaja, beli ectasy, beli pil khayal, budak sekolah, budweiser, buku permata yang hilang, cosmic gate, dadah, dj tiesto, girls party, heineken, IPTA, malam pertama[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. askum,kalau isteri yg soleha izinkan norman berkahwin apa salahnya bermadu bukan dosa pun daripada buat masiat nabi pun bermadu x salah kan teruskan niat yg baik tu norman

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

IZ OIAM Duet Nora Danish Dalam Lagu Bersama Together

Video Hadziq Tom Tom Bak Sayang Awal Ashaari