in

Sekitar Majlis Apresiasi Suria Cinta

Apresiasi Suria Cinta & Penyampaian Hadiah Lagu Berduit Suria FM

Satu majlis 2 dalam 1 telah diadakan oleh Suria FM bagi meraikan kejayaan serta penghargaan kepada DJ Lin yang berjaya merangkul dua anugerah dalam Anugerah Seri Angkasa 2010 baru-baru ini selain menyampaikan hadiah kepada pemenang lagu berduit Suria FM yang hadir.

Majlis ini diberikan nama “Apresiasi Suria Cinta dan Penyampaian Hadiah Lagu berduit Suria FM“ majlis ini telah diadakan pada 24 Mac 2011 bertempat di Carlos Heaven Food bermula seawal jam 4petang dan berakhir kira-kira jam 9 malam.

DJ Lin

Suria FM kini semakin giat dalam menjalankan pelbagai aktiviti ‘on-ground’ dan juga ‘on-air’. Terbaru, Suria FM mengadakan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! peringkat akhir dan sekarang ini masih lagi berlangsung ialah peraduan Lagu Berduit Suria FM yang telah bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ‘ Lagu Berduit Suria FM’.

Dengarkan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70,000 tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi ‘LIVE’.

Sebelum ini, DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta di Suria FM telah berjaya membawa pulang dua trofi kemenangan dalam Anugerah Seri Angkasa 2010 iaitu Kategori Penyampai Wanita Terbaik dan Kategori Rancangan Radio Interaktif. ‘ Suria Cinta- Inspirasi Cinta Anda ‘ merupakan salah satu segmen di Suria FM yang mempunyai hit dan rating yang tinggi bagi jumlah pendengar dan sambutan dari orang ramai. Segmen kelolaan DJ Lin ini banyak mengetengahkan tentang isu cinta selain memutarkan lagu-lagu yang pasti menghiburkan pendengarnya.

Majlis ini turut dihadiri ramai rakan media, artis dan juga pendengar setia Suria FM. Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti permainan teka-teki, kerusi bermuzik dan lain-lain lagi. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah persembahan dari artis-artis seperti Farawahida, Afee Utopia, Ifa Raziah, Roslan Shah, Qua Anwari, Mohd Mentor dan ramai lagi.

Selain penghargaan kepada DJ Lin dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang Lagu Berduit Suria FM, majlis ini juga turut diadakan bagi meraikan serta sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia Suria FM khasnya pendengar setia Suria CInta yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan DJ Lin ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan media yang telah banyak membantu serta menyokong Suria FM dari awal penubuhan sehingga ke hari ini.

Apresiasi Suria Cinta

DJ Lin & En.Yusry

DJ Lin bersama peminat

Hadiah dari peminat

Pendengar setia Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Ezzrin Loy Amanda Misbun dalam Drama PEKAN

Drama NIKITA di Mutiara Hati TV9