in ,

Drama NIKITA di Mutiara Hati TV9

KEBAHAGIAN TERCIPTA DI MUTIARA HATI TV9 BERSAMA NIKITA

Sinetron Cinta dan Anugerah yang disiarkan menerusi slot Mutiara Hati TV9, bakal berakhir pada 6 April ini dan bakal digantikan sebuah lagi drama dari seberang dengan cerita yang lebih menarik iaitu Nikita. Bermula 7 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, Nikita akan menemui penonton setia TV9 pada jam 5.30 petang.

Nikita menceritakan tentang perjalanan hidup seorang gadis yatim piatu yang terpaksa mengharungi kehidupan harian yang sukar. Nikita lakonan Nikita Willy yang pernah meraih Pelakon Terbaik Anugerah Global Panasonic ini tidak tahu bahawa sebenarnya dia terpisah daripada ibu bapanya ketika dia masih kecil akibat dibawa arus deras sungai. Dari saat itulah Nikita menyangkakan dia yatim piatu begitu juga ibu dan bapanya iaitu Diana (Lydia Kandau) dan Tegar (Anwar Fuadi) menyangkakan anak kesayangan mereka, Nikita sudah tiada.

Nikita poster

Masa berlalu dan Nikita menjalani kehidupan tanpa keluarga kandungnya dan menjadi bertambah sedih apabila Nikita kini telah kehilangan penglihatan (buta) akibat kemalangan jalanraya yang menimpanya tujuh tahun lalu. Setiap hari Nikita berharap mendapat penderma dan akhirnya berasa amat gembira apabila pihak hospital memaklumkan dia mempunyai penderma. Tanpa diketahui, penderma kornea yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya itu ialah Dr Prita, lakonan Cathy Sharon, yang sebenarnya merupakan kakak kepada Nikita.

Keluarga Prita terutama ibunya, Diana, tidak dapat menghadapi dugaan ini. Cukuplah dengan kehilangan Nikita yang disangka sudah meninggal dunia. Baginya kini, hanya Vano (Jonas Revanno) sahaja satu-satunya anak mereka yang tinggal. Pada masa yang sama, Donny (Dude Harlino) telah pulang dari Amerika setelah selesai pengajian dan terus bergegas ingin berjumpa dengan Dr Prita untuk menyatakan cintanya tanpa mengetahui Prita telah meninggal dunia.

Nikita akhirnya berjaya menjalani pembedahan mata dan berusaha untuk mencari penderma kornea. Apabila mendapat tahu pendermanya, Nikita telah ke rumah tersebut dan kebetulan pula tepat pada hari ke 40 Prita meninggal dunia.

Tetapi sesampainya di sana, Arven (Dirly Idol) teman lelaki Prita yang turut tercedera ketika kemalangan bersama Prita terus memberitahu Nikita adalah orang yang menyebabkan Prita meninggal dunia. Nikita dimarahi oleh seluruh keluarga Prita, dan membuatkan Nikita terkejut kerana dia punca kemalangan tersebut.

Suatu hari Nikita terpaksa untuk menggantikan Belinda untuk menebus kesalahannya berjumpa dengan Donny. Donny tidak tahu itu bukan Belinda tetapi Nikita adalah adik Prita yang hilang. Hubungan Nikita dan Donny mejadi erat dan membuat Nikita berasa amat bersalah kerana menipu Donny bahawa dia bukanlah Belinda. Namun, belum sempat Nikita memberitahu perkara sebenar, Belinda telah memberitahu Donny dan ini membuatkan Donny kecewa dan meninggalkannya.

Kemudian Nikita menjadi rapat dengan Vano pula. Pada awalnya Vano amat membenci Nikita kerana menyangkakan Nikita penyebab kakaknya Prita meninggal dunia. Tetapi lama-kelamaan perasaan benci itu bertukar kepada cinta tanpa mengetahui bahawa Nikita itu adalah adik kandungnya. Adakah hubungan mereka akan berterusan tanpa mengetahui mereka adalah adik-beradik kandung? Bagaimana pula perasaan Donny terhadap Nikita setelah mengetahui Nikita adalah adik kepada Prita? Adakah Diana dan Tegar percaya yang Nikita itu adalah anak kandungnya yang telah lama terpisah?

Untuk merungkai segala persoalan ini, jangan lupa saksikan Mutiara Hati TV9 dengan judul terbarunya Nikita pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.30 petang bermula 7 April ini.

Selamat menonton.

Dirly Idol

Dirly Idol

Nikita Willis

Nikita Willis

Jonas Rivanno

Jonas Rivanno

Dude Harlino

Dude Harlino


What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. masa tayang rcti 2009 lalu gue slalu nonton sebab ada jonas revanno, luv u jonas lu smprna bngt d mata gw, tinggi(185cm), ganteng, smart pula lu mmng aktor Sinemart yg gue suka bngt selain rezky aditya

  2. emm…nmpk cmx beh je sb cita indon lbeh kurg sma je…cba tgk btol2,law xda anak yatim yg khlngn fmli mmg xsah….supa jgk cita cnta n anugerh dlu…pas 2 law xda umh sakit pn cm xsah jgk…nk nejar2 hrta…k saksi sniri la n nilai sndiri cita2 indon

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Apresiasi Suria Cinta

Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010