in

Sekitar Konsert Idola Kecil 4 Minggu Pertama

IDOLA KECIL 4 BERMULA DENGAN PENUH SEMANGAT!

Takhta rancangan realiti kanak-kanak nombor satu Malaysia masih kekal milik Idola Kecil 4 yang disiarkan di saluran TV9. Persembahan sulung dua belas peserta-peserta musim ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga berjaya menarik jumlah penonton seramai hampir 1 juta.

Hos IK4, Alif Satar

Hos Idola Kecil 4 – Alif Satar

Setelah menjalani sesi saringan dan Bootcamp di Port Dickson baru-baru ini, akhirnya 12 peserta terbaik telah terpilih untuk mengikuti program Idola Kecil ini berbanding dengan tahun lepas yang hanya menyaksikan 10 peserta berentap di pentas Idola Kecil. Uniknya untuk musim keempat ini adalah terdapat beberapa peserta yang mahir bermain alat muzik seperti piano dan gitar.

Berikut adalah senarai nama peserta IK4 musim ini berserta dengan tajuk lagu yang telah mereka persembahkan pada konsert pertama:-

1. Noor Aina Batrisyia Bt Azman, 8 tahun, Trisyia, Kuantan, Pahang – Pudar nyanyian Rossa
2. Irfan Haris B Othman 10 tahun, Irfan, Skudai, Johor – Di Saat Aku Mencintaimu nyanyian Dadali
3. Nurshazleen Natasha Bt Jamaluddin 11 tahun, Leen, Batu Caves, Selangor – Cinta Sempurna nyanyian Yuna
4. Ahmad Marzuki B Nordin, 10 tahun, Haikal Syafiq, Kota Bharu, Kelantan & Kluang, Johor – Cari Jodoh nyanyian Wali Band
5. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz, 12 tahun, Fifa, Shah Alam, Selangor – Aku Wanita Biasa nyanyian Krisdayanti
6. Sarah Elyssa Bt Khairul Fahmy, 11 tahun, Shasha Bandar Enstek, Negeri Sembilan – Layar Impian nyanyian Ella
7. Hairul Asri B Alis Sjofjan 12 Hairul Setapak, Kuala Lumpur Puspa nyanyian ST 12
8. Nurfazlina Bt Ramlan 12 Nina Serendah, Selangor Rela nyanyian Inka Christie
9. Nabihah Bt Idrus 12 Abby Jasin, Melaka Ku Ada Kamu nyanyian Adira
10. Farisha Bt Asmadi 11 Irish Sepang, Selangor Atas Nama Cinta nyanyian Rossa
11. Mohd Syafiqri B Kaharudin 10 Syafiq Kluang, Johor Bukan Superman nyanyian The Lucky Laki
12. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain 11 Rusil Batu Caves, Selangor Tiada Tangis Lagi nyanyian Ella

Juri-juri berpengalaman yang telah menilai persembahan mereka pada malam tersebut adalah Nora dan Adnan Abu Hassan. Mereka begitu terpegun dengan kebolehan kesemua peserta rancangan realiti hiburan kanak-kanak ini.

Fifa yang berasal dari Shah Alam membuktikan beliau boleh mendendangkan lagu ”Aku Wanita Biasa” dengan begitu baik dan telah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan juga dipuji oleh juri yang telah mengatakan dia memiliki ”suara yang secukup rasa”.
Irish yang berasal dari Sepang, Selangor juga telah mendapat komen positif daripada para juri apabila mendendangkan lagu ”Atas Nama Cinta” dengan diiringi alunan piano.

Seorang lagi peserta, Haikal, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, berjaya mengatasi perasaan gemuruh dan sifat pemalunya di atas pentas ketika menyanyikan lagu ”Cari Jodoh”.

Adnan Abu Hassan juga telah memuji Rusil yang berasal dari batu Caves, Selangor kerana persembahan beliau pada malam itu amat memberangsangkan seolah-olah seperti seorang artis yang sudah mempunyai album. Lagu ’Tiada Tangis Lagi’ (penyanyi asal Ella) yang dibawakan oleh Rusil telah ’meremangkan bulu roma’ penonton di studio. Apatah lagi dengan vokalnya yang mantap pada malam itu.

Buat pertama kalinya, program realiti hiburan Nombor Satu Kanak-Kanak, Idola Kecil, telah menampilkan peserta paling muda iaitu Trisyia yang berusia 8 tahun. Kebolehan Trisyia telah menawan hati para juri sewaktu ujibakat dan sekaligus terpilih sebagai peserta paling muda dalam sejarah Idola Kecil. Pada konsert pertama ini disebabkan oleh usia peserta cilik ini yang masih kecil, ditambahkan pula dengan rindu kepada keluarga kerana tidak pernah berpisah lama, Trisyia menjadi kurang sihat lalu memberi sedikit kesan terhadap persembahannya pada malam tersebut.

Menurut para juri yang hadir, Trisyia sememangnya mempunyai bakat yang luar biasa apatah lagi diusia yang begitu muda. Trisyia, peserta pertama yang meninggalkan pentas IK4, memberikan impak besar kepada rancangan realiti ini kerana memang tidak dinafikan beliau boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian. Pihak TV9 percaya Trisyia mempunyai masa depan yang cerah dan berharap Trisyia tidak akan berputus asa untuk terus mengasah bakatnya dalam mencapai kejayaan.

Bagi musim keempat ini, Alif Satar masih kekal sebagai pengacaranya manakala Atilia pula diberi tanggungjawab yang lebih berat sebagai penasihat persembahan untuk kesemua peserta. Segala nasihat bernas oleh penyanyi popular ini akan diserap oleh para peserta supaya mereka mendapat lebih semangat untuk membuat persembahan yang terbaik. Sementara itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman yang telah banyak berjasa kepada program ini juga akan terus menabur bakti mereka bagi musim keempat ini iaitu Cikgu Alfa Booty (Komposer/Guru Muzik), Cikgu Delly (Guru Vokal) dan Cikgu Affizal (Guru Tarian).

12 peserta IK4 ini datang dari pelbagai jenis latar belakang dan dengan personaliti mereka yang unik dan menarik, mereka telah pun mengumpul peminat-peminat mereka yang semakin lama semakin ramai. Lihat sahaja di laman web popular Facebook, beribu-ribu peminat mereka dari serata Malaysia telah ’like’ laman Fan Page mereka. Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka telah berjaya menarik perhatian penonton TV9 walaupun konsert pertama belum lagi bermula.

Rutin seharian peserta menjalani kehidupan sebagai peserta Idola Kecil dapat dilihat secara online di laman web rasmi Idola Kecil iaitu www.tv9.com.my/idolakecil4. Selain itu, HIP TV yang bersiaran setiap Khamis, 9.30 malam akan menjadi program sokongan Idola Kecil 4 dengan memaparkan aktiviti-aktiviti terkini para peserta. Berita Adik akan mendedikasikan slot Jumaat mereka khusus untuk paparan esklusif IK4, manakala Nasi Lemak Kopi O akan menemubual peserta-peserta pada setiap hari Ahad, 8.00 pagi – 10.00pagi. Jika ada yang terlepas untuk menyaksikan episod-episod Idola Kecil 4 , anda boleh menonton ulangannya di www.tonton.com.my.

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, sila layari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau laman Facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4. Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Apa lagi kejutan untuk konsert yang seterusnya? Untuk mengetahuinya, pastikan anda menonton konsert mingguan Idola Kecil 4 (IK4) setiap hari Sabtu pada jam 9.00 malam. Idola Kecil Musim 4 pasti menghiburkan malam Sabtu anda!

Haikal

Hairul

Irish

IK4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Idola Kecil 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fab Skuad TV3

Separuh Akhir Pertama Muzik Muzik 26