in

Fab Skuad TV3

Di arus permodenan, masyarakat Malaysia ternyata begitu sinonim dengan gaya hidup yang aktif dan begitu sibuk dalam menyelesaikan pelbagai komitmen dan tugasan pada setiap hari.

Sebagai satu inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam menjalankan kerja di rumah, kini TV3 mempersembahkan FAB SKUAD, sebuah program terbaru yang memaparkan aksi hebat sebuah pasukan bergelar Fab Skuad dalam membantu para surirumah membersih rumah, di samping bergelak tawa dengan telatah mencuit hati ahli pasukan, selebriti jemputan dan keluarga yang terlibat.

Bukan hanya seorang penyanyi, pelakon dan hos, Adibah Noor mendedahkan ‘rahsianya’ sebagai ketua FAB SKUAD. Adibah juga memperkenalkan ejen-ejen rahsia Skuad Fab yang terdiri daripada 5 orang anggota yang dipilih secara eksklusif dan sangat handal di dalam kemahiran masing-masing. Antara barisan selebriti yang terlibat adalah Edrie Hashim, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

Edrie Hashim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Celebrates Pop Star 2011

Sekitar Konsert Idola Kecil 4 Minggu Pertama